Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, selepas fasa "sedih memanjang" sepanjang cuti mid-sem hari tu, daku harap sangat nak mulakan hari-hari selepas ni dengan lebih berjaya lah hendaknya. Heuhuhu. Bayangkan lah, aku kena beraya kat Gombak ni sorang-sorang pula tu... ;'{
Macam tak cukup sedih je bunyi dia kan? Jom kita ambil mood sedih jap. Cuba korang pasang lagu P. Ramlee – Dendangan Perantau.
Di hari raya... Terkenang daku kepada si dia... Kampungku indah nun jauh di sana... Ayah serta bondaku...
Okey, nyanyi sikit sudah lah ya. Kang tak pasal-pasal banjir pula perkarangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ni dengan air mata aku. Tapi sebenarnya, raya kat Gombak ni not bad sangat lah... cuma tulah, bangun pagi raya sorang-sorang, pergi sembahyang raya sorang-sorang, dengar takbir pun sorang-sorang. ;'{ Tak sedih pun, biasa lah tu—dah namanya pun forever alone, ye dop?
Hoo, ada orang tak percaya aku pergi sembahyang raya! Tak apa, aku dah sediakan bukti kukuh lagi berasas untuk korang hadam. Muehehe. :)
Lepas siap solat belaka-laka, daku pun berlepas ke Male Sport Complex sebab ada upacara menyembelih haiwan korban. Korang tahu tak syarat haiwan nak jadi korban ni? Kalau tak tahu, boleh Google sendiri ya.
Letak sekeping saja lah gambarnya, sebab aku ni tak boleh tengok darah banyak-banyak. Nanti pening kepala. Darah tinggi, lemah paru-paru, Parkinson, sawan air... semua penyakit aku ada (kononnya lah). So, memang tak boleh tengok darah-darah ni. Lepas dah tengok upacara tu, daku beransur pulang ke bilik untuk aktiviti wajib: melepak plus tidur.
Aku balik rumah raya ke-4, tapi cutinya sekejap sangat. ;'{ Tiga hari je kat rumah, lepas tu Sabtu dah kena balik UIAM semula. Sungguh tahik! Tapi okay jugalah balik awal, tak adalah rasa lonely sangat kat rumah sebab adik-adik aku semua dah balik asrama/sekolah.
Hari Ahad pula, aku temankan member aku, si Joul, pergi date dengan awek dia. Kita bawa sekali member lagi sorang sebagai bodyguard, Prap! :D Kitorang pergi main bowling, makan-makan, pastu buat kerja mengarut. Sumpah lama gila tak rasa macam ni. Kitorang kembali menjadi kanak-kanak riang!
Hahaha! We’re back! Muehehe. Diorang ni dah kembali bersifat seperti orang kurang sifat mahmudah. -.- Ish3. Tapi Alhamdulillah, seronok sangat dapat get together macam ni balik. Awek si Joul ni pun nampaknya pasrah je melayan perangai pakwe dia yang macam ni.
K lah, malas nak cakap banyak. KBAI!



2 comments:
berisi! huehuehue
Muehehe, makan byk duk gombak ni. gemok doh kawe :D
Post a Comment