Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Malam ini, perkarangan UIA sunyi sepi. Mana tidaknya, semua budak laki keluar melepak tengok final bola sepak Sukan SEA. Aku? Terkapai-kapai kat bilik dalam kelaparan sebab motor tak ada nak keluar cari makan. Mahallah (kafe) pula tiba-tiba tutup dua tiga hari ni. Sedih betul... ada sesiapa nak post makanan tak? Big Mac ke, Bakso ke, Ayam Kunyit pun jadilah! :'{
Sambil tahan lapar, aku tengah tunggu update skor daripada seseorang yang "penting gila" dalam hidup aku. Teringat pula zaman Final Piala Suzuki dulu—kami memang penyokong tegar. Walaupun jauh, update tetap masuk setiap minit, setiap kali bola pass pun dia hantar maklumat. Muehehe.
Cakap pasal bola ni, hujung minggu lepas aku dengan member-member buat kerja part-time jadi Tukang Kutip Bola kat Bukit Jalil untuk kejohanan AFC. Muehehe. Dapatlah juga merasa tengok budak-budak Harimau Muda B depan mata; siap dia orang panggil kami "Abang" lagi. Kerja kutip bola ni memang mencabar fizikal dan mental, tapi nasib baik gaji masyuk! Bolehlah buat tampung waktu tengah sengkek ni :P
Satu sesi dapat RM50. Aku buat tiga sesi, dapatlah "Lima Belas Ribu Sen". Tapi nak dapat nilai tu, memang bermandi peluh jugalah. Dengan cuaca tak menentu, pagi sampai tengah hari panas terik, tiba-tiba hujan lebat pula. Tapi pelangi mana? Muehehe. Hitam terbakar kulit aku lepas dua hari tu tapi masih manis.
Ahad tu lepas habis kerja, dengan hanya pakai three-quarter tracksuit dan baju biru kejohanan, kami terus serbu Alamanda. Niat nak mengabiskan wang gaji—tak senonoh betul! Dengan peluh tak mandi, terus lepak sana. Member yang ada masa tu: Adeep, Prap, Jun, Pelat, Naim, Halim, dan Amir. Dah complete team futsal.
Masa tengah lepak tu, aku ternampak seorang gadis cun jaga gerai shawl. Terus aku straight ke sana. Sebenarnya aku tertarik kat shawl tu je, sebab tiba-tiba teringat kat "orang kat sana". Ingat nak belikan sesuatu untuk dia bila jumpa nanti. Usaha punya usaha, usha harga sikit, kemudian kami balik rumah Adeep untuk mandi sebelum gerak balik UIA.
Minggu ni bermula dengan agak baik. Great start for this week, I guess! Dapat borak panjang sebelum tidur, bangun pagi terus rasa segar dan mood pun okey. Pergi kelas, dapat result mid-sem untuk Programming yang gila payah hari tu. Alhamdulillah, keputusan okey berbanding orang lain, tapi yang tak bestnya, Brother (lecturer) buat keputusan nak buat mid-sem semula sebab ramai sangat yang gagal. Tapi tak apa, positif Rafiq! Inilah masanya nak naikkan carry mark. Focus finale!
Habis kelas, terus lunch kat HS. Macam biasa, lauk kegemaran: ikan keli goreng, sambal sikit, kuah kuning, dan sayur lemak. Makin berlemaklah "krim idaman ramai" ni. Dah kenyang, aku solat kat Econs Dept, kemudian terus ke kelas Management. Cuak juga nak dapat result, tapi rupanya tak dapat lagi hari ni. Yes! Simpan cuak tu untuk minggu depan.
Kelas UNGS macam biasa, memang paling syok hari Isnin dan Rabu. Brother tu memang awesome, ilmu dia sangat tinggi. Ada satu kata-kata dia yang buat aku termotivasi hari ni:
"Everyone has the right to dream, but not every dream is right and true." — Bro Salah.
Setiap kali masuk kelas dia, mesti ada ayat yang menusuk kalbu. Bila fikir balik, betul juga. Kita memang selalu berangan, kadang-kadang melebih-lebih pula. Kita ada hak nak berangan apa saja, tapi tak semua angan-angan tu bawa kebaikan untuk kita. Jadi, pandai-pandailah bahagikan antara realiti dan fantasi.


No comments:
Post a Comment