Dah masuk malam ke-25 kita berpuasa kan? Alhamdulillah, sempat juga kita lalui Ramadhan tahun ni. Hari ni diriku sungguh produktif! Haha, itulah... banyak gila benda yang nak kena uruskan. Sedar tak sedar, dah nak habis dah cuti panjangku. :'( 6 September nanti dah kena daftar kat Kampus Gombak pula. Tapi tak apa, Insya-Allah saya dah ready dengan cabaran yang akan datang. Minta-minta Allah permudahkan urusan saya di Gombak nanti.
Hari ni macam biasa bangun sahur, tapi sebenarnya tak dapat tidur sangat semalam sebab selsema. Bila baring je, mula la hidung rasa tak selesa, terus decide tak tidur terus. Alhamdulillah, sempat juga buat solat hajat semalam, moga-moga Allah dengar permintaan saya. Pastu bila dengar je Ma dah keluar bilik nak masak lauk sahur, apa lagi... terus keluar juga sebab nak menyibuk dengan Ma kat dapur. Hehe. Lepas tu kejut akak bangun sahur dan bersahur bersama-sama keluarga. ;)
Lepas sahur, tunggu solat Subuh kejap. Tiba-tiba datang rasa mengantuk yang amat sangat melanda diri. Apa lagi! Terus mencampakkan diri ke atas katil :D dan ber-krooohh sehinggalah masuk satu mesej bergambar dari Mrs. Anonymoist.
Btw, saya nak ucap tahniah kat Mrs. Anonymoist sebab berjaya dapat 'A' untuk projek ni. Haa, cakap pasal projek kan, inilah antara projek-projek yang membuatkan Cik Anonymoist saya ni pening kepala dan tension. Tapi Alhamdulillah, dapat juga dia sempurnakan. Iklan jap ek: Anonymoist Boleh! :D
Lepas bangun, terus keluar bilik menuju ke dapur. Tengok akak ku sedang merajinkan diri buat kuih raya. Lantas daku tergelak sebab berkemungkinan besar kuih-kuih rayanya tidak akan habis dimakan pun. Sebab entahlah, dulu dia pernah buat juga, tapi 3 tahun kuih tu tak tersentuh! Memang jimat betul, 3 tahun tahan kuih tu. HAHA! Tapi tak apa, saya sebagai adik yang mithali tetap menyokong beliau biarpun kuihnya pattern yang sama macam 3 tahun lepas. Kuih jenis apa pun tak tahu.
![]() |
| Ni before di bentuk ! |
![]() |
| ni selepas dibentuk dan tunggu nak masuk oven. |
Lama-lama bosan juga tengok beliau buat kuih, daku pun beredar pergi mandi-manda di tengah hari. Hehe. Tapi "keproduktivitian" daku tidak terhenti di situ sajaaa! Siap je mandi, saya terus buat checklist benda-benda yang perlu untuk daftar masuk Gombak. Ada benda nak kena print, contohnya macam offer letter, pastu surat PTPTN bagai.
Haishhh, banyak gila! Serious! Rasa macam apa je, merempit naik motor pergi pejabat Abah semata-mata nak print sebab printer kat rumah semua rosak. Ada seribu printer pun, seribu-seribu rosak. Apo lah! Orang rumah ni makan printer ke apa? -.-
![]() | ||
| Haa, ni mende alahh ptptn punye laman sesawang |
Tapi Alhamdulillah semua dah beres, cuma tunggu masa nak daftar je. Kerja-kerja berjaya diuruskan, mungkin rahmat bulan Ramadhan kot. Walaupun tak berapa sihat dan banyak kerja, saya perasan yang sekarang saya tak senang nak melenting. ;) Alhamdulillah, Allah secara perlahan tingkatkan kesabaran ku.
"And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient)." (Al-Baqarah: 155)




No comments:
Post a Comment