Selamat Hari Raya Hamboih!
Hooo... sebab apa? Sebab aku nak fokus dengan aktiviti wajib: main mercun, main meriam, mengumpul duit raya, sampailah ke misi mengacau gadis-gadis desa kat sana! Huuuu... rindu zaman kanak-kanak weh. :'(
Sekarang semua tu dah tak boleh buat. Yalah, takkanlah dah "tua bangka" macam ni pun gigih nak beratur sekali dengan budak-budak tunggu duit raya? Entah-entah aku pula yang kena pau dengan budak-budak kecil kat sana nanti. Okey, kena standby tempat nyorok ni! Hindari diri daripada dikesan.
Oh, cakap pasal raya ni, diriku agak kesal dengan sikap posmen-posmen sekarang! Ada ke patut dah pakai Pos Laju pun barang tetap tak sampai-sampai lagi? Alkisahnya begini, Encik Anonymoist ada hantar sesuatu. Aku sendiri pun tak tahu benda apa sebab sampai sekarang abang posmen tak hantar-hantar lagi ke rumah. Aku highlight sekali lagi ya: POS LAJU! Yang guna moto "Dijamin Sampai Esok". Haha!
Tapi sampai ke saat aku tengah menulis entri ni, kelibat abang berkerjaya Posto masih tidak kelihatan di permukaan Felda aku ni. Tak apalah, mungkin abang-abang Posto kat sini dah minta cuti raya awal kot. ;) Insya-Allah nanti sampai jugalah tu.
Sempena Hari Raya Aidilfitri ni - hari kemenangan buat muslim dan muslimah selepas sebulan menahan hawa nafsu. Aku nak susun sepuluh jari memohon maaf kepada siapa saja yang aku pernah buat salah. Maafkan kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, atau apa-apa saja yang mengguris hati. Semoga persahabatan kita semua tetap diteruskan.
Aku tak nak ada apa-apa salah faham atau rasa tak puas hati, takut nanti jadi penghalang untuk kita semua capai kejayaan.
Insya-Allah.

No comments:
Post a Comment