Bismillahirahmannirrahim.
Assalamualaikum. Peh, lama gila tak kemas kini blog ni. Agak sibuk sikitlah macha, memandangkan saya baru saja melapor diri di kampus utama IIUM Gombak. Akhirnya, ada juga peluang nak 'menconteng arang' kat blog sendiri. Jujurnya, memang penat duduk di Gombak ni. Maklumlah, budak baru. Umur saja dah makin lanjut, tapi pangkat masih junior lagi. Semua benda kena buat sendiri. Tapi tak apa, tak boleh merungut! Tak baik. Kena bersyukur sekurang-kurangnya Allah masih beri peluang untuk sambung ijazah, di IIUM pula tu. Tapi cakap pasal UIA ni... nama saja 'Islamic', tapi kadang-kadang sebahagian kita macam buat tak tahu saja dengan hukum-hakam. Okay, okay, berhenti bab mengumpat universiti sendiri. Nanti tambah dosa saja, lebih baik kita ambil iktibar.
Ya Allah, janganlah Engkau tempatkan aku dalam golongan yang mengingkari segala larangan-Mu. Amin.
Eh, kejap. Bulan Syawal dah habis ke belum? Sibuk punya pasal sampai lupa kalendar. Serius, saya tak ingat sekarang berapa Syawal. Hajat hati nak puasa enam, tapi nampaknya sekadar cakap sajalah. Apa nak jadi dengan Cik Rafiq Zain ni? Nak cerita pasal raya sekarang pun rasa macam dah 'expired'.
Gombak! Here I Come.
Nak cerita pasal masuk UIA jugalah. Nak dengar tak? Tak jawab pun... Merajuklah! Tak jadi cerita. Tapi... tak apalah, cerita jugalah! Nak dengar ke tidak, gue ngak peduli. Baca sajalah ya! Okay, dah mula merapu. Astaghfirullah.
Sebelum terlupa, pasal 'encik posmen' yang kononnya ponteng kerja masa raya tu... akhirnya aku dapat juga barang kiriman daripada 'buah hati pengarang novel' aku. Rasa nak tunjuk sikit (show-off) kat sini tapi takpe lah. Me Gusta! Terima kasih "Hawoks". Korang ada? Saya ada. Rasa kembang hidung sekejap, izinkan saya gelak bongkak ya.
6 September 2011
Tanggal 6 September yang lalu, saya merentasi daerah Gombak menuju ke kampus bersama rakan saya, Pak Joul. Beliau tampil kacak dengan kemeja petak-petak ala jejaka Siam dan bertopi (bajet kopiah lah, sebab masuk UIA kan). Saya pula mengenakan seluar slim fit hitam bersama kemeja. Kacak tak? Tolong jangan tergoda ya.
Kami berpisah seketika untuk angkut barang ke bilik masing-masing. Memang gagah! Saya terus mencari bilik dan menghubungi sahabat saya yang paling kacak, Encik Prap. Disebabkan dia kacak, saya 'usha' dia untuk tinggal sebilik. Akhirnya kami sebilik—happy ending!
Taaruf
Bermulalah aktiviti Taaruf. Honestly ah, sesi taaruf kat sini agak membosankan, tapi layankan sajalah sebab mungkin ini Taaruf terakhir dalam hidup. Tak sempatlah nak 'skodeng' awek-awek Taaruf (eh, potong ayat ni, bahaya!).
Secara ringkasnya, aktiviti Taaruf cuma taklimat kuliah, makan percuma, dan ceramah. Selebihnya aktiviti 'skodeng' yang disertai oleh Pak Joul, Prap, Arjunnaidi, dan Mat Roja. Saya? Saya tak join, saya budak baik.
Selepas tamat minggu Taaruf, kami sah bergelar pelajar UIAM! Tapi cabaran tetap ada. Masalah daftar subjek dan kesukaran ke kelas sebab kena berjalan jauh memang menguji mental. Rasa macam makin berotot kaki ni. Sesiapa cari pasal, memang kena penangan 'lutut berintikan otot' nanti.
Alhamdulillah, sekarang semuanya berjalan lancau lancar. Kelas pun best walaupun jauh. Saya daki juga segala bukit-bukau di Gombak ni walaupun berpeluh-peluh. Nak bawa kereta kena tunggu tahun kedua baru layak dapat pas. Tak apa, nanti dah ada kereta, senanglah nak pergi meminang kekasih hati yang jauh di mata tapi dekat di kalbu tu.
Overall, aku still happy, gembira, saksama dan laksamana berada di sini. Walaupun ada masanya keadaan agak pelik, tapi suasana untuk belajar dan menambah amalan baik itu tetap ada.
Terima kasih, Allah.
Kalau nak berubah, di mana-mana pun boleh, asalkan niat kita betul-betul ikhlas. Hayya Ala Solah! Hayya Ala Falahh!



No comments:
Post a Comment