biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

26 March 2011

A Lost Love Story

Jiwa kacau sikit tajuk harini, tapi macam yang aku janji kat post sebelum ni, ni khas untuk kau, QinQin! Kau nak sangat aku buat post pasal kau kan? Haa, ambik ni... sekilo aku bagi! Haha.

Kepada pembaca setia blog ni, korang mesti tertanya-tanya, siapa sebenarnya QinQin ni? Rahsia la... hak hak! :D (Bak kata Cik Anonymoist, "Lawaknya RafiqZain ni" – ayat sarkastik gila). Sebenarnya QinQin (atau nama betulnya Nurashiqin Hamzan) ni bekas awek aku zaman sekolah dulu. Eh, jangan salah faham! Bukan aku rindu ke apa, aku rindu Cik Anonymous aku je. Cuma sebab dia yang minta aku tulis pasal dia, sebagai kawan, aku layankan jelah. Kan, Qin?

Dua Ekor Monyet Pekan

Kitorang couple masa sekolah menengah dulu, lepastu dia 'ceraikan' aku. T.T Tapi aku tak kesah pun, kisah lama jangan diungkit. Lagipun masa tu zaman "Cinta Monyet", dan kitorang berdua memang ada gaya monyet pun masa tu. Kah kah!

Sekarang kitorang dah bawa haluan masing-masing. Tak ada dah istilah monyet sebab aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri (sebab dia memang lagi tua pun dari aku! Dasar makcik tua XD... Gurau je Qin!).

Hotlink vs Celcom

Pasal contact pula, memang jarang amat. Dia pakai Hotlink, aku pakai Celcom. Nak mesej pun malas sebab bazir kredit, amalan syaitan tu! Ye dop? Plus, aku kena jaga hati Cik Anonymous aku jugak, nanti merajuk pula dia.

Tapi satu benda pasal Si Sukun (gelaran aku untuk dia) ni, dia memang spesies banyak idea bila borak. Ada je benda nak dibualkan. Nasib baik dia yang selalu call aku, kalau aku yang kena call... memang 'parok' la kredit aku. Maklum lah, aku kan kedekut.

Iklan kejap: Kepada kaum wanita di luar sana, sesungguhnya lelaki memang kedekut dan berkira! Haha! XD

April Fools

Kenangan paling tak boleh blah, dia kata dia terima aku jadi pakwe pada 1 April. Ceh! Aku punya lah ingat serius, rupanya April Fool je. Terluka, terguris, terabak segala hati aku masa tu (poyo je ayat ni, padahal aku tak rasa apa pun :p).

Lepas tu, pada 21 Ogos, aku pun 'failkan nusyuz' kat dia sebab dia berani curang dengan aku. Maka, tamatlah segala kemonyetan kitorang masa tu. Haha!

Sekarang ni, Si Sukun Goreng ni tengah belajar kat USM Penang (kot, aku pun tak pasti). Apa yang kelakar, sekarang dia tengah menuntut ilmu dengan aku macam mana nak jaga hati boyfriend baru dia. Maklum lah, bf dia budak masjid, jadi aku kena la ajar dia cara-cara nak tackle golongan macam tu.

Sukun! Key-point dia senang je: Kau kena berubah! Dah tahu nak usha budak masjid tu, pandai-pandailah mendalami hati golongan macam tu. Tu pun nak kena aku cakap ke? Tau lah aku ni dah macam penceramah... Haha! Pergi beli tudung dulu! Kalau tak ada duit, buat pinjaman Pitipitipu (PTPTN) ke. XD

Penat aku menaip pasal kau ni, Qin! Puas hati dah? Sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi aku take five jap. Okeylah juga, sekurang-kurangnya tak ada la stalker blog aku ni bosan menunggu post baru, kan?

Dah lah, aku nak kena study pula ni. Chemistry A! <3

P/s: Kepada rakan-rakan yang lain, nanti aku tulis untuk korang pula ye. Sila komen kalau korang pun nak aku buat post khas macam ni! XD

4 comments:

Anonymous said...

mende la ko nih...

ko kata aku merapu...
tp ko yg merapu...

hahahahah...

iRfAn mSw said...

doh aku?

Anonymous said...

tuleh pasai aq plak weh..

Rafiq Zain said...

jol: haha, aku merapu jarang jarang. ko je selalu XD
epunk: mu nok gop ke?
anoynymous: huh? siapa anda?