Assalamualaikum semua.
Hari ni aku rasa macam nak share sesuatu yang agak 'berat' tapi cantik untuk kita renungkan bersama. Kadang-kadang kita sebagai laki ni selalu tertanya-tanya... kenapa la perempuan ni susah sangat nak faham? Kenapa hati dorang sensitif sangat?
Rupanya, jawapan dia dah ada sejak zaman Nabi Adam AS lagi.
Pernah terfikir tak kenapa Allah ciptakan Hawa masa Adam tengah tidur? Dan kenapa pulak wanita melahirkan anak dalam keadaan terjaga?
Logik dia macam ni... lelaki kalau dia rasa sakit, dia akan cenderung untuk membenci. Seandainya Hawa diciptakan masa Adam tengah sedar, Adam akan rasa sakit yang amat sangat masa Hawa keluar dari sulbinya. Kesan daripada sakit tu, mungkin Adam akan benci kat Hawa. Sebab tu Allah tidurkan Adam... supaya Adam tak rasa sakit tu, dan supaya Adam tak benci kat Hawa bila dia bangun nanti.
Tapi wanita? Wanita melahirkan anak dalam keadaan terjaga. Dorang nampak 'maut' depan mata, rasa sakit yang tak boleh nak digambarkan... tapi makin sakit dorang rasa, makin bertambah sayang dorang kat anak yang dilahirkan tu. Sanggup gadadai nyawa sendiri demi nyawa si kecil tu. Hebat kan?
Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok. Tugas tulang rusuk ni apa? Tugasnya untuk melindungi Qalbu (hati nurani). Sebab tu, fitrah wanita ni memang untuk menjaga hati. Allah jadikan dia 'bengkok' sebab nak lindungi jantung tu dari sisi yang lain pulak.
Lelaki (Adam) diciptakan dari tanah. Sebab tu lelaki ni lebih kepada kerja keras... jadi tukang kayu, tukang besi, petani. Tapi wanita? Wanita diciptakan untuk berinteraksi dengan perasaan. Sebab tu dorang boleh jadi ibu yang penuh kasih sayang, kakak yang penyayang, dan isteri yang lembut hatinya.
Ada satu pesanan dari Nabi Muhammad SAW... kalau lelaki cuba meluruskan tulang yang bengkok tu secara paksa, dia akan mematahkannya.
Maksudnya? 'Bengkok' kat sini adalah simbolik kepada perasaan wanita yang sangat kuat, yang kadang-kadang mengalahkan logik lelaki. Jadi wahai kaum Adam (termasuklah aku sendiri)... janganlah kita sesekali merendahkan perasaan Hawa. Dah memang dorang diciptakan macam tu.
Kalau seorang wanita kata dia sedih, tapi mata dia tak berair... sebenarnya dia tengah menangis kat dalam hati dia. Kalau dia diamkan kau lepas kau sakitkan hati dia... bagi dia masa. Biar dia tenang dulu sebelum kau datang minta maaf.
Sebab satu benda yang korang kena tahu... wanita ni memang susah nak cari sebab untuk membenci orang yang dia paling sayang.
Deep kan?

2 comments:
i love this post :)
mencopy sahaja.
Post a Comment