biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

16 February 2023

Wish You Were Here

Just a few days selepas Mussa pergi, aku decide untuk bawak isteri ke Phuket. Kami berdua perlukan ruang. Ruang untuk bernafas, ruang untuk menerima kenyataan yang masih terasa seperti mimpi. Memang ramai yang ada untuk kami, tapi sedih dan rindu ni sukar nak diungkap.

Hati aku rindu, namun aku tahu beban isteri jauh lebih berat. Dialah yang mengandungkan Mussa selama 9 bulan, dia yang bertarung nyawa dalam dewan bersalin, dan dia juga yang terpaksa melepaskan anak syurga itu selepas hanya 100 hari. Pedih luka bersalin pun belum sempat hilang, sudah ditambah pula dengan pedihnya kehilangan anak sulung. Sebagai suami, aku memilih untuk mengambil peranan seorang lelaki. Aku paksakan senyum walaupun payah. 

Aku Perlu Kuat. 

Kawan baik aku Nad selalu ingatkan aku "Mu kena kuat, bukan untuk dirimu, tapi untuk dia". Aku sedar yang dia masih terlalu muda untuk menghadapi dugaan sebesar ini, dan aku tahu saat ini, she needs me the most.

Keputusan ke Phuket ini kami buat memang last minute. Takda planning, last minute beli tiket! Niat asal kami mahu terus ke Krabi sebaik mendarat, namun takdir berkata lain. Masa tidak mencukupi, dan kami terpaksa merelakan tempahan hotel di Krabi hangus begitu saja. Maka, di situlah kami menghabiskan masa singkat kami. Menatap matahari terbenam, melihat gajah-gajah, dan berdiri di puncak Big Buddha sambil memandang saujana alam. 

I can see that she's smiling, namun aku tahu jauh di sudut hatinya, dia sedang menanggung luka yang sama dalam dengan apa yang aku rasa. Phuket memang cantik sampai beberapa kali terdetik dihati aku "Abahanda wish you were here Mussa".

Tapi aku sedar, Mussa kini sedang berada di tempat yang jauh lebih indah daripada apa yang Phuket mampu tawarkan.


Wahai Isteriku,

Terima kasih kerana menjadi ibu yang paling tabah buat Mussa Adni. Meskipun perjalanan kita bermula dengan ujian yang cukup berat, aku janji akan terus memegang tanganmu. Kita akan saling meminjamkan kekuatan, sehingga tiba masanya kita bertemu semula dengan Mussa di tempat yang lebih abadi.

Untuk sekarang, biarlah kenangan ini menjadi ubat, dan doa menjadi jambatan. Kita kuat kerana Mussa, dan kita akan terus melangkah demi dia. 



No comments: