biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

10 October 2023

Sembang "Kembara Jejak Digital" MyDigitalMaker Fair 2023

Baru baru ni aku dapat peluang yang cukup bermakna untuk mewakili parent company aku, Pertama Digital Berhad, kat acara MyDigitalMaker Fair 2023 (MDX 2023). Event ni memang besar gila anjuran MDEC kat Quill City Mall, KL. Bayangkan dengan lebih 30,000 pelajar dari seluruh negara yang terlibat, aura dia memang lain macam dan hype dia terasa sampai ke tulang pinggul weh!

Topik yang aku bawakan hari tu mainly pasal keselamatan siber tapi fokusnya memang khas untuk adik adik dan budak budak halus iaitu Kembara Jejak Digital. Aku kongsikan dengan diorang macam mana setiap kali kita klik, kita post, atau kita search sesuatu kat internet, kita sebenarnya tengah tinggalkan tapak kaki yang kekal. Macam kembara dalam hutan, jejak ni boleh jadi panduan yang baik tapi kalau tak jaga, jejak ni jugalah yang boleh buat orang atau pemangsa siber cari kita.

Memang aku saja selit dan fokuskan content talk aku more pasal social media sebab dari pemerhatian aku memang budak budak muda sekarang sangat mudah berkongsi macam macam kat alam maya. Sebab apa aku tahu? Sebab abang pun pernah dik! Aku tekankan yang digital footprint ni ada dua sisi iaitu yang baik boleh bina reputasi dan tunjuk kreativiti kita, tapi yang buruk tu sekali kita tersilap langkah kesan dia boleh bawa sampai ke besar.

Jujurnya inilah masanya aku betul betul utilise segala skill sembang kencang aku selama ni. Nak tarik perhatian budak budak zaman sekarang bukan senang tau, lagi lagi topik teknikal macam cybersecurity. Tapi bila tengok muka diorang teruja dan faham apa yang kita sampaikan, rasa puas tu lain macam. Peluh jantan kat dahi ni rasa berbaloi sangat bila tengok budak budak ni mula sedar pasal keselamatan diri dorang.

Bukan aku sorang je yang turun padang. Rakan rakan dari Pertama Digital yang lain pun hebat hebat belaka. Ada yang ajar coding, ada hands on robotic class, dan yang paling kecoh sekali mestilah tech scavenger hunt satu Quill City Mall tu! Memang riuh rendah mall dibuatnya rasa macam nak meletup pun ada.

Kenapa aku excited sangat? Sebab bagi aku budak budak ni adalah digital creators masa depan kita. Kita tak nak diorang sekadar jadi pengguna atau users semata mata, tapi kita nak diorang jadi pencipta yang bijak dan selamat. Ensuring that our future generation is well protected is part of the job too. Terima kasih MDEC dan Pertama Digital Berhad atas peluang ni. Penat memang penat tapi bila tengok bibit bibit minat dalam mata adik adik ni rasa hilang segala beban kerja minggu lepas. Sampai jumpa lagi di pentas akan datang!

No comments: