Dah hujung bulan Oktober dah kita. Lepas dah berbulan bulan aku pulun kerja kat DXC mengadap shift yang tak menentu dengan workload yang kadang kadang buat aku rasa nak tercabut kepala, akhirnya aku buat satu keputusan drastik dan dramatis. Aku apply cuti panjang sikit. Luar biasa!
Bukan apa kerja shift ni kalau tak pandai cari ruang memang payah nak dapat spend masa dengan family. Cuti kitorang mana ada yang fix macam orang lain! Jadi kali ni aku decide nak balik kampung kat Terengganu. Tapi sebelum sampai ke Ganu Kita aku singgah kejap rumah akak aku kat Kuantan. Ada misi penting kat sini iaitu nak melepas rindu kat anak sedara kesayangan aku si Dam Durr!
Tengok budak kecik ni memang boleh hilang segala stress kerja kat Cyberjaya tu. Nak sayang anak sendiri entah bila la masanya. Calon pun entah ke mana, anak pun belum nampak bayang. Kadang kadang bila fikir balik sedih jugak sebab umur dah makin senja tapi still tak kahwin kahwin lagi. Apa nak buat belum sampai seru. Sementara nak tunggu turn sendiri kita sayang la anak orang dulu buat pengubat rindu. Dah tua tua ni melayan anak sedara pun dah rasa macam praktis jadi bapak bapak dah. Sesuai la tu dengan gelaran bapak pinjaman pilihan ramai. Hahaha!
Si Durr ni macam biasa lah. Dah namanya pun memang duduk dekat dengan pantai tiap tiap hari dia nak ke pantai je. Layan ke tak layan aku bawak jugak lah dia pergi ambil angin laut. Penangan angin pantai ni memang lain macam sikit boleh buat hilang jap bau pejabat DXC tu. Lepas dah puas kena tiup angin pantai kitorang singgah lepak kat SEDO. Sekarang ni kat Kuantan pun dah banyak gila kafe hipster. Santai jugak la tengok dia syok melayan makan donut sementara aku pun melayan minum minum sambil layan vibe petang.
Of course la mak dia ada sekali. Tak kuasa la aku nak melayan anak orang sorang sorang, mau huru hara jadinya kalau dia buat konsert menangis kat situ. Kahkah! Boleh pecah gegendang telinga aku ni nanti.
Dapat lepak macam ni pun dah cukup buat aku rasa recharged. Sekejap lagi aku nak teruskan perjalanan balik Terengganu pulak. Harap harap cuti kali ni dapat la aku lupakan kejap pasal ticket, pasal shift, dan pasal DXC. Nak kena enjoy suasana kampung puas puas sebelum balik ke realiti kat Cyberjaya nanti. Balik jaga lembu dulu beb!
P/s: Ada sesiapa nak volunteer jadi mak kepada anak-anak aku nanti tak? Borang masih dibuka. Eh!

No comments:
Post a Comment