Rasa macam baru je haritu aku buat entry pasal orientasi berjemaah kat Atos, tapi itulah... perancangan Tuhan ni memang kita tak boleh jangka. Kadang-kadang hidup ni pusing punya pusing, dia bawa kita balik ke tempat asal juga akhirnya. Yes guys, I’m back at where it all started! Pohpalehweh!
Cerita dia bermula beberapa bulan lepas masa aku tengah syok buat kerja kat Atos, tiba-tiba aku dapat contact dari previous boss aku kat HPE dulu. Ingatkan dia saja nak tanya khabar ke, nak ajak ngeteh ke, rupanya dia hulur "talian hayat" ajak aku join balik old team aku dulu. Bila tengok offer yang dia bagi, memang susah nak cakap "tak" weh. Better benefits, gaji lagi masyuk, dan yang paling penting... aku ditawarkan naik pangkat jadi Senior. Rezeki jangan ditolak, orang berbudi kita berbahasa, kan?
Tapi ada satu benda yang beza bila aku balik kali ni. Lepas hampir setahun aku merantau, rupanya management lama dah bertukar wajah jadi DXC Technology. Apa yang syoknya, projek lama aku dulu still on dan team pun dah makin stabil, cuma dorang memang tengah cari seniors untuk lead projek tu. Lepas beberapa session interview, yang mana prosedurnya tetap kena buat walaupun muka aku ni dorang dah hafal. Aku pun dapat offer letter. Tanpa buang masa, aku terus hantar resignation kat Atos dan buat comeback paling agung dalam sejarah karier aku.
Masuk je office bulan Mac ni, rasa macam tak percaya. Aku duduk kat meja yang sama, menghadap muka-muka lama yang masih setia kat situ. Tapi paling "win" dan paling tak masuk akal, aku tengok kat bawah meja aku... kasut kulit aku yang tertinggal setahun dulu masih ada kat situ weh! Gila la, dah setahun kot dia setia menunggu tuan dia balik. Dengan bau "cagu" warisan setahun tak basuh tu, aku rasa kalau tikus lalu pun boleh pengsan terus kat situ. Tapi itulah bukti "cinta" aku kat tempat ni, haha!
Walaupun tempat lama, tapi vibes dia tetap baru sebab ramai muka-muka fresh yang aku kena hadap. Role Senior ni memang interesting sebab selain daripada gaji yang makin sedap, aku sekarang kena lead team aku sendiri yang kerja same shift dengan aku. Duit banyak kerja kena banyak lah, tapi aku excited nak share apa yang aku tahu. Lagi satu cerita best, ada kawan aku dari Atos pun minta aku tolong "cablekan" dia masuk sini. Alhamdulillah, rezeki dia pun ada kat sini cuma lain department. Good luck Dils!
Apa-apa pun, aku harap decision aku balik ke sini adalah langkah yang tepat untuk masa depan aku. New role, new responsibility, but still the same me. Cuma lepas ni kena cepat-cepat beli Ambipur letak bawah meja. Kasut tu punya penangan bukan biasa-biasa, mahu kena panggil bomba kalau biar lama-lama!
No comments:
Post a Comment