biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

21 July 2013

Antara Ilmu dan Ibadah

Angin bertiup halus menyentuh alis mata, sinar mentari pula menyuluh tepat ke kulit sampai rasa macam terbakar sel-sel kulit aku ni. Bila aku jenguk luar, ahhh... dah tengah hari dah rupanya. Sedar tak sedar dah hari Ahad. Kalau hujung minggu, memang sekejap gila masa berlalu.

Tapi at least hujung minggu ni aktiviti aku agak padat. Ibadah pun tak dilupakan, Terawih dan solat wajib tetap on—Alhamdulillah Ya Rabb. Start dari Jumaat haritun malam aku penuh. Lepas Terawih, lepak jap terus shoot main futsal sampai pukul 2 pagi! Balik bilik, terus siapkan rezeki untuk sahur sesi "Ketuk-Ketuk Ramadhan", pastu tunggu sahur berjemaah dan solat sunat. Penuh aktiviti. Jayyid jiddan Rafiq Zain, jayyid jiddan!

Walaupun bulan puasa ni bulan beribadah, aku tak nak limitkan diri aku untuk sekadar ibadah ritual je. Bagi aku, nak jadi muslim yang kuat ni banyak aspek kena ada—kesihatan badan, minda, dan rohani. Aduh, dah macam pakar motivasi pulak aku ni, haha! Tapi serius, kalau kita sihat, banyak benda kita boleh buat. Janganlah tunggu dah sakit baru nak merintih "Ya Allah, Ya Allah". Lemahnya kita ni, waktu sihat lupakan Dia, waktu sakit baru beria nak ingat.

Second thing, nak jadi good muslim ni kita kena ada akal. Kena gunakan rasionalisme sepenuhnya. Kena faham konsep "sebab musabab"—kenapa macam ni, kenapa macam tu. Janganlah kita buat ibadah sebab sekadar ikut orang. Orang buat A, kita buat A. Orang buat B, kita ikut B.

Sekarang ni akhir zaman, macam-macam benda ada. Contoh paling simple macam kes Syiah yang tengah kecoh kat Malaysia ni. Kalau kita tak ada ilmu, tak cuba kaji agama, tak cuba buka dan "bedah" isi kandungan Al-Quran tu sendiri, tak mustahil kita tersesat dalam agama sendiri.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11:

يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"...Nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."

Nak dapat ilmu tu bukan sekadar duduk dengar ceramah sini-sana je. Kena buka sendiri, kaji sendiri, dan cari orang yang pakar untuk dirujuk. Macam kita study subjek kat universiti lah—takkan nak dengar lecturer membebel kat depan je? Mesti kena ada inisiatif buka buku, timbulkan persoalan, baru rujuk lecturer balik. Macam tu jugak pasal agama, jangan ikut membuta tuli.

Bila dah ada ilmu, barulah ibadah tu kita jaga. Solat terutamanya. Beratnya tuntutan solat ni sampai kalau sakit pun tetap wajib. Tak boleh berdiri? Duduk. Tak boleh duduk? Baring. Tapi kena buat jugak! Tak macam zakat, kalau tak mampu bagi, kita yang terima. Puasa pula kalau musafir atau tak larat, boleh berbuka. Tapi solat? Jangan main-main, itulah benda pertama yang akan dihitung nanti.

Panjang pula bertazkirah hari ni, haha. Sampai sini je aku share, yang lain korang nilai la sendiri ya. Semoga segalanya jayyid jiddan!

Salam Ramadhan.

P/S: Dari awak duk nyanyi lagu kat saya, baiklah awak ber-Ya Hanana kat saya :p

No comments: