Tengah syok melayan perasaan sambil mengelamun tengok langit Ilahi, tiba-tiba deria bau aku tertangkap satu aroma yang cukup "pudar". Bau hirisan bawang merah, harum daging ayam segar, dengan bau tepung gandum yang diuli halus.
Terus aku lari terjah ruang santai, tengok-tengok ada sepasang "chef" tengah gigih memotong bawang. Terdetik dalam hati, "Amboi, rajin pulak rumet-rumet aku malam ni?" Haha!
Malam ni entah kenapa si Irfan dengan si Ngam ni rajin luar macam nak jadi chef. Selalunya malas dia tu boleh bawa bincang. Menu utama malam ni: Sup Ayam. Patutlah si Ngam hilang dari bilik tadi, rupanya merajinkan diri ke NSK Selayang beli barang. Lepas dah siap proses memotong, kitorang pun gotong-royong cuci bawang nak mula menumis.
Sambil tunggu sup ayam tu siap, Irfan pun mula prepare masak Cucur Bilis. Resepi turun-temurun katanya, tak sabar kawe nak menunggu! Masa ni air liur dah mengalir deras macam air terjun kat bibir aku yang gebu bak Angelina Jolie ni. Ngam pula dengan sabar menanti cucur siap digoreng dengan teknik Deep Fry ala-ala KFC (Kelate Fried Chicken).
Lepas je siap goreng, aku terus jadi tester. Fuhh! Terbukti kitorang ni antara jejaka bujang paling berkaliber bab urusan dapur. Keenakan dan keempukannya kalah Pizza Hut, Domino, atau pizza yang dijual kat pasar gelap!
Kelembutan permukaan cucur dia, bila gigit je rasa "basah" kat dalam (basah dalam cucur eh, jangan fikir lain!). Aroma menusuk kalbu, kerangupan bilis yang dicincang halus tu boleh buat segala bulu kat badan meremang, tak terkecuali bulu ketiak! Korang yang baca ni mesti teruja tengok "keranuman" cucur Irfan ni. Lagi ranum dari rambutan kat pokok, lagi enak dari cempedak di luar pagar!
Keenakan luar batasan ni! Sesiapa nak tempah cucur sempena raya nanti, boleh hubungi kitorang. Eksklusif kat blog ni je, takde kat Mudah.my atau jualan langsung lain!
Menu Utama: Sup Ayam "Minyak Pengasih"
Tataplah wajah cucur-cukur yang kami sajikan buat peneman ibadah puasa ni. Moga-moga korang terasa kenyang senantiasa bila tengok gambar ni.
Lepas dah balun beberapa pinggan cucur, tiba masanya kitorang bedal Sup Ayam hasil tangan Chef Ngam. Hidangan sup dia lagi pekat dari Sup Bunjut Adabi tau. Aroma dia macam bau "minyak pengasih"—sekali bau terus terpikat! Ayam pula lembut sebab segar dari ladang. Bayangkan sup tu mengalir laju masuk ke dalam rongga tubuh, lalu kat liang pernafasan sampai rasa macam "bernafas dalam lumpur".
Eh, apa benda aku merepek ni? Dah-dah, silakan mengadap gambar sup kat bawah ni haa.
Akhir kata dari kami, chef-chef bujang...
Salam Ramadhan!


No comments:
Post a Comment