biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

12 August 2013

Aidilfitri : Meski ku rapuh



Al kisah permulaan ceritera, aku melabuhkan punggung di tilam empuk sambil memandang jauh ruangan angkasa di perkarangan kamar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Jam 13:22 secara kasar kaki ku melangkah masuk kembali ke taman ilmu dan budi setelah lebih kurang 5 hari di desa halaman. Sunyi, mungkin masih ramai yang berada dalam suasana Aidilfitri sedang aku penuh ribut dan kabut di dalam hati dan fikiran, memikir entah kemana, peperiksaan hujung semester dalam masa tiga hari lagi. Aidilfitri 2013 di bachok kelantan seperti biasa, tetap indah berseri cuma masih terasa kekurangan sejak pemergian arwah atuk kesayangan, ketua keluarga yang memahami, penyayang dan setia mentarbiyah anak dan cucu. Semoga beliau bahagia di alam sana.

Kanak kanak berlari lari anak di hadapan halaman rumah di kampung halaman, gembira agak nya mengumpul duit raya sedang aku mengikis permukaan beg tangan mencari barang sekeping dua note biru. Tiada, duit raya jua tidak lagi kedapatan. Tapi aku bersyukur, nikmat ramadhan dan jua nikmat aidilfitri masih dirasai. Hari raya aku dipenuhi dengan aktiviti lawat mesra sanak saudara, waktu malam dihiasi dengan aktiviti bersukan bersama saudara. Sukan futsal menjadi pilihan bagi memenuhi waktu malam.

Aduh, payah sangat nak puitis puitis tulis blog ni. Tak tahan aku, awal awal cam semangat gitu nak puitis masuk dua tiga perenggan terus give up. Raya ni tak dapat duit raya dah, tapi aku tetap happy spend masa dengan family, atleast penuhkan hati aku yang kosong sekarang ni. Ni aku sediakan santapan mata sikit.



Dah puas menyantap gambar ? akhir kata salam aidilfitri, maaf zahir batin dari penaja. Semoga bahagia kalian sekalian.

4 comments:

Mahamahu said...

Nick blog kita dekat sama bro hehehe nice to meet kau bro...

Rafiq Zain said...

Yeah bro, bila blog berbicara :) sama sama puitis kita ni.

Azwar Syuhada said...

Bila blog berbicara?? unik gila nama.. Selamat Hari Raya Rafiq.. -_-

Rafiq Zain said...

bila blog berbicaraa tu cik maha punya, aku biar blog berbicaaara. haha selamat hari raya jugak :D