So ape cerite eh ari ni, haa cakap pasal ibadah bulan puasa ni kan sempena Nuzul Quran pulak tuh, ape kate kita ramai ramai berlumba abiskan Quran tu, cuba tadarrus dari start sampai abis :) tapi yang penting niat tu eh kena laa betul betulkan :) jangan sebab bulan puasa ngan nuzul quran je kita baru nak mengadap muka Quran tuh, nak mengaji ni haruslah konsisten baru laa inshaAllah bacaan korang nanti terbaik. Ni kalau jarang2 nak bukak Quran tuu kang nak sebut nama surah je dah start parkinson dah.
Sikit sejarah pasal Nuzul Quran :
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah,
termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran
yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran
diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13
tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua
pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada
malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat
yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal,
manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah
Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah
lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya
pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya.
Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai
sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada
tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat
41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada
Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami
(Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya
dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…"
(TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya
dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan
penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan
perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).
" Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh
sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima
untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang
sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut,
yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya
Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah
pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di
dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih
tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam
21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah
ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang
diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut
di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul
Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan
ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi
secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan
(diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5
surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi
saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan
ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah
ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah
Al-Baqarah.
Oleh sebab kurang ilmu, so aku copy paste je dari page al.azim.com
Okay tak kisah mana pendapat kita nak pakai dalam kes penurunan al Quran tuh, yang penting kita menghayati mempelajari isi quran tuh sendiri. Kenapa mat saleh, orang kafir boleh semangat kaji Al Quran tapi kita sbagai orang islam sendiri payah sangat nak mengadap, nak membaca. Macam mana Islam nak kuat kan kan :)
Pape pun, selamat beribadah :) Banyakkan ibadah, kurangkan juadah. Biar puasa penuh barokah :) Ameen
Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment