Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia! ;)
Ohh ohh hepi gila babi aku hari ni! Result resit dah keluar dan aku lulus semua, beb! Bayangkan, aku dah berjaya pass ketiga-tiga subjek yang aku ambil tu. Omaigod! Tiga subjek sekaligus? Pandai jugak ye anak Zain ni rupanya..
Sekarang ni aku tengah sibuk buat master plan sebelum melangkah masuk ke Main Camp kat Gombak nanti. Aku dah nekad, aku taknak jadi macam masa kat CFS ni lagi. Macam apa je, ada je subjek yang sangkut nak kena repeat. Kalau asyik kena repeat memanjang, entah bila la aku nak merasa pakai jubah grad camtu... ye dop?
Seriously, aku macam tak percaya boleh terlulus semua subjek tu. Yelah, bayangkan exam tiga hari berturut-turut kot! Start dengan Comp2 (Programming), sambung pula dengan Chemistry, lepas tu penutup dia Calculus. Hoahh, Kalkulus... dengar bunyi pun dah lebih kurang "kaktus" dah, berduri-duri otak aku nak hadam. -.- Amende aku merepek ni? Hurm, biasa lah exam kan, ada yang lulus, ada yang kandas. Mungkin dah rezeki aku dapat pass ketiga-tiga tu, so Alhamdulillah.
Tapi sebenarnya ada cerita di sebalik kejayaan ni. Lepas habis exam Chem hari tu, otak aku rasa macam dah jammed, tak boleh masuk apa dah. Padahal esoknya nak kena hadap Kalkulus pulak! Ingat malam tu nak study gila-gila, tapi tiba-tiba mood hilang melayang, last-last aku balik bilik terus tidur. Aku pelan nak bangun awal pagi, ingat kut lagi segar nak study. Sekali bangun pukul 3 pagi ngadap buku, satu haram pun tak masuk juga dalam kepala! Sampai satu tahap tu rasa nak nangis je sebab fikir kenapa lah bebal sangat aku ni... satu soalan pun tak boleh jawab! ;'{
Tengah down tu, aku pun ambil hadiah pemberian Madam aku iaitu Al-Quran, pastu aku baca sikit bagi tenang hati. Pastu aku teringat ada someone pernah pesan suruh solat Tahajjud, alang-alang dah bangun pagi tu kan? Allah tu Maha Pemurah, kan? Dia makbulkan permintaan aku malam tu juga.
Allah berfirman:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, maka jawablah, bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku." [Al-Baqarah: 186]
Dan lagi satu:
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari berdoa kepada-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina." [Ghafir: 60]
Btw, buat kawan-kawan yang tak pass lagi, jangan sedih-sedih tau. Semua yang terjadi mesti ada hikmahnya. Kita sebagai manusia ni cuma ada satu tempat je nak meminta. Ingatlah Dia tak kira waktu susah ke senang. Bak kata orang, "Sebab bilo kito ingat ke Dio, Dio pon ingt ke kito."
Ohh lupa nak bagitahu, sekarang ni aku tengah deactivate Facebook sekejap sebab nak fokus habiskan masa dengan member-member kat CFS ni. Mana tahu nanti dah cuti payah dah nak jumpa, entah jumpa lagi ke tak... kita pun tak tahu kan? Kita hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya. :D
3 comments:
tahniah.
tahniah ! welcome to gombak ! syed arabi idid ni pulak menanti. hahaha.. :D
thumbs up! :)
Post a Comment