biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

10 March 2011

Berbisnes-bisnes

Assalamualaikum!

Hohoo, malasnya nak tidur! Banyak sangat benda tengah berlegar kat dalam kepala hotak aku ni. :| Aishh, cuti lama-lama nanti nak buat "natang" apa lah agaknya? Duduk rumah buat taik mata pun boring jugak. Sebenarnya, dah banyak idea menusuk minda, cuma pelaksanaan dia orang je belum tahu lagi gerak kerjanya macam mana.

Hampeh betul! Target masa cuti aku adalah...

Err, cari duit banyak-banyak! Nak pergi meminang anak orang kena ada duit, ye dop? Hoo, dalam usaha nak mengukuhkan kewangan di usia muda ni, aku cuba cari rakan niaga sebanyak mungkin. Ye dop? (Tiba-tiba rasa nak lempang diri sendiri pula bila cakap macam ni).

Antara bisnes yang aku rancang nak buat:

  1. Beg Travellers: Kolaborasi bersama rakan kongsi, Dato’ Zafitra dan Dato’ Nad. Segala urusan cari dealer diuruskan oleh Zaf, manakala urusan jual beli dan accounting, aku dengan Nad Donut yang uruskan. Macam gempak gila kan? Padahal tak start pun lagi!

  2. Anak Patung Kecil Molek: Sekali lagi, usaha sama dengan Nad Bonat untuk mewujudkan penjenamaan anak patung yang comel dengan nama Rafanadolls. Adakah ada makhluk yang nak beli? Mungkin juga... -.- Kita berserah pada Yang Maha Esa.

  3. T-Shirt Printing: The third most wanted business! (Gedik gila jap). Kolaborasi bersama Nad lagi. Setakat hari ini, baru target group yang berjaya dikenal pasti. Harapnya akan ada peningkatan nanti.

  4. Pouch Handphone Handmade: Bisnes bersama kaum keluarga! Kakak aku dan adik aku yang "kurang asam" tu -.- Kami nak jual pouch buatan sendiri bawah label Zain’s Design. Setakat ni baru ada material warna biru je. Nanti kalau dah ada katalog, aku tunjuk kat korang. ;)

  5. Projek Nuffnang: Dalam usaha nak tambah tabungan kahwin ni, aku ber-Nuffnang jugalah! Keh3. Gatal betul Cik Rafiq ni nak kahwin awal? Eh, suka hati den lah nak kahwin awal pun!

Keh3. Gila banyak business planning. Jadi ke tidak? Tak tahu la. Tunggu jela. Ada rezeki, ada la kan? -.- Doakan saya berjaya kumpul duit banyak-banyak awal ya, sebab Ma saya kata dia ready je pergi masuk minang kalau saya dah ada duit! XD


2 comments:

Anonymous said...

ingat janji mu bile dah kaye ;P

Rafiq Zain said...

krooh krooh ! belanja? keh3. mungkin mungkin.