Lama gila tak update blog ini dek kerana beberapa kecelakaan yang menimpa diri hamba. Tapi tak apa, aku percaya semua ini adalah dugaan daripada Yang Maha Esa. Terima sajalah segalanya dengan aura positif!
Namun, pada tanggal 30 Januari 2011, dunia aku seakan gelap seketika. Laptop kesayanganku telah melelapkan mata buat selama-lamanya. Terasa sunyi tanpa kehadiran "beliau" di sisi.
Oh, Compaq CQ40-ku...
Andai dikau tersedar suatu hari nanti, aku berjanji akan membelaimu dengan sepenuh kasih. Dikau umpama teman yang paling setia; sentiasa berada di sampingku setiap malam tanpa pernah sekali pun merungut kepanasan.
Kelembutan keypad-mu sering menggamit sanubariku untuk terus hanyut dalam dunia gaming. Keindahan paparanmu yang dikuasai magis ATI Radeon Graphic Card sentiasa memukau setiap mata yang menatap. Malah, gema nada yang mengalun indah melalui speaker Altec Lansing-mu adalah halwa telinga yang paling merdu buat setiap insan yang mendengarnya.
Tapi kini, dikau kaku dan senyap seribu bahasa. Mungkin dikau sedang perlukan rehat yang panjang, atau mungkin dikau sedang menanggung kesakitan yang amat sangat di dalam "perutmu" itu.

2 comments:
waa..sgt sadis bunyinye..:)
takziah gua ucapkan.
btw..nice header..:)
cumil kanak-kanak tu.
masih terase sakit dipukul beliau?
haha..
slamt mnjalani hidup tnpa lptop
-xpikirlagi-
da folo da kamu~ harapkan bersabar ye.
Post a Comment