biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

05 February 2011

Ohh, My Dear!

Lama gila tak update blog ini dek kerana beberapa kecelakaan yang menimpa diri hamba. Tapi tak apa, aku percaya semua ini adalah dugaan daripada Yang Maha Esa. Terima sajalah segalanya dengan aura positif!

Namun, pada tanggal 30 Januari 2011, dunia aku seakan gelap seketika. Laptop kesayanganku telah melelapkan mata buat selama-lamanya. Terasa sunyi tanpa kehadiran "beliau" di sisi.

Oh, Compaq CQ40-ku...

Andai dikau tersedar suatu hari nanti, aku berjanji akan membelaimu dengan sepenuh kasih. Dikau umpama teman yang paling setia; sentiasa berada di sampingku setiap malam tanpa pernah sekali pun merungut kepanasan.

Kelembutan keypad-mu sering menggamit sanubariku untuk terus hanyut dalam dunia gaming. Keindahan paparanmu yang dikuasai magis ATI Radeon Graphic Card sentiasa memukau setiap mata yang menatap. Malah, gema nada yang mengalun indah melalui speaker Altec Lansing-mu adalah halwa telinga yang paling merdu buat setiap insan yang mendengarnya.

Tapi kini, dikau kaku dan senyap seribu bahasa. Mungkin dikau sedang perlukan rehat yang panjang, atau mungkin dikau sedang menanggung kesakitan yang amat sangat di dalam "perutmu" itu.

Bersabarlah wahai sayangku... Akan aku hantarmu ke kedai "hospital" laptop supaya aku dapat melihat semula seri pada skrinmu yang kini mulai berhabuk. Bangunlah wahai peneman malamku, kerana tanpamu, malam-malamku hanyalah sunyi yang membisu.

2 comments:

Anonymous said...

waa..sgt sadis bunyinye..:)
takziah gua ucapkan.
btw..nice header..:)
cumil kanak-kanak tu.
masih terase sakit dipukul beliau?
haha..
slamt mnjalani hidup tnpa lptop
-xpikirlagi-

Anonymous said...

da folo da kamu~ harapkan bersabar ye.