Aduhai, sakitnya tuhan je yang tahu.
Aku sekarang tengah kena serang dengan kegatalan tahap melampau. Sumpah, sampai satu tahap tu rasa macam nak hempuk diri sendiri pakai baldi je sebab tak tahan sangat! Dia tak da sakit sakit, tapi macam tak selesa gitu.
Mungkin ini balasan atas kegatalan aku.
Tapi itulah, lepas aku dah bertenang sikit dan baca balik artikel pasal hikmah di sebalik penyakit ni, rasa sejuk sikit hati. Takdelah rasa nak menyesal atau meratapi sangat kesakitan ni. Sebab aku percaya, setiap apa yang jadi dalam hidup kita ni, takde yang sia-sia. Mesti ada hikmahnya.
Antara hikmah yang paling 'deep' aku baca tadi ialah satu hadis Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya besar pahala sesuatu perkara itu setimpal dengan ujiannya. Sesungguhnya Allah apabila Dia cinta kepada hamba-Nya, maka akan diuji hamba-Nya itu. Barangsiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan barangsiapa yang murka akan mendapat kemurkaan Ilahi." (HR Al-Tirmidhi)
Jadi, untuk korang (dan juga peringatan buat diri aku sendiri), bila-bila masa kita rasa diuji dengan masalah atau sakit, cubalah untuk tetap bersyukur. Sebab itu sebenarnya 'tanda cinta' dari Allah. Dia ingat kat kita, Dia sayang kat kita.
Lagipun, sakit atau dugaan yang kita hadap ni sebenarnya salah satu cara Allah nak cuci dan hapuskan dosa-dosa kecil kita. Sebagaimana firman Allah dalam Surah As-Syura, ayat 30:
"Dan apa sahaja yang terjadi terhadap kamu adalah disebabkan oleh tangan kamu sendiri dan (Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mu)."
Sekarang ni, aku cuba untuk terus sabar dan redha jelah. Moga-moga gatal-gatal ni cepat surut dan dosa pun ikut terhapus sekali. Doakan aku cepat sembuh ya!
3 comments:
emm..apekah gerangan sakit tuan hambe,agk pelik d ctu.
ya..btw,kaffarrah dosa n tande cinte Allah pd HambaNye..
moge cept sembuh bos :D
get well soon!=)
afiqah:haha.sakit entah la nak kate pe. silap makan kot.haha.
paeen : thnks. :)
Post a Comment