Oh kekasih. Dirimu sungguh bermakna buat aku. Di saat aku jatuh dan terhumban ke lembah yang sehitam buntut kuali, Kau datang dan sentiasa ada untuk "menggilap" hidup aku semula, Bagaikan berus sakti yang paling mantap pernah aku jumpa. Alangkah bahagianya aku memiliki gadis sehebat mu.
Oh kekasih. Masih segar di ingatan, kisah kita berdua satu ketika dulu. Ingat tak masa tangan aku cedera sebab accident? Waktu aku tak berdaya, dengan penuh kasih sayang kau sanggup bantu kopekkan luka... eh bukan, kau sanggup bantu "servis" korek hidung aku. Tegarnya pengorbanan kau, sanggup buat apa saja demi aku yang tengah cacat sementara waktu tu.
Oh kekasih. Andai diberikan pilihan antara emas dan permata, Nescaya aku akan pilih emas (sebab kau tak termasuk dalam senarai pilihan). Tetapi... Andai ditawarkan emas, permata, dan juga dirimu, Sudah tentu aku akan pilih kau tanpa ragu. Kerana bagi aku, nilai kau jauh lebih berharga daripada segala harta karun di dunia.

6 comments:
peh! lu reka sndiri ke ciplak mne2..
gua kurang pcaye..hehe
ayt plg xbleh bla dr ingtan,,mgkin!!
fiqah:haha.aku reka la beb. :) nice kan2.
anymos:haha. :)
quite nice..keep it :p
rafiq mmg expert bab2 tulis puisi2 ngarot ni
wahh.kutuk nampak sara.
Post a Comment