Fuh, berdua lebih baik daripada tak ada terus, kan? Memandangkan member-member yang lain semua sibuk dengan komitmen masing-masing (read: bini tak bagi ke apa, entahlah), sudahnya aku dengan Syahir je yang bergerak. Mamat ni roger aku sebab dia pun dah pisang tahap dewa duduk rumah.
Maklumlah, Syahir sekarang dah tak ada bos... sebab dia sendiri dah jadi bos! Sekarang dia dah switch gear jadi host Airbnb kat Kuantan. Ha, alang-alang aku cerita ni, siapa-siapa yang ada plan nak berjalan ke Kuantan tu, bolehlah book rumah dia. Support bisnes member sikit, bro! Nak book roger aku!
V-Twin
Ni dikira first ride kitorang berdua. Yang kelakarnya, kitorang berdua masing-masing mengendalikan jentera yang berjenama sama QJ SRV 250! Sebenarnya mamat ni yang diracun aku, tapi dia yang angkat QJ ni awal lagi dari aku. Bila tengok dia bawak nampak handsome, aku mana tahannnnn. Tak boleh tahannn.
Plan kitorang simple je. Awal pagi sesudah Subuh, kitorang dah ready kat rumah aku. Dari situ, terus pulas trotel ikut jalan lama Gombak terus menuju ke Janda Baik. Pagi-pagi layan corner kat jalan Gombak dengan angin sejuk, memang terangkat habislah! Ketor pale weh sebab aku kira naked je ride. Jaket takda, glove takda.
Kopi Ladang, Shamsul Ghau Ghau & Sembang Masa Depan
Tapi tulah, nama je pergi Janda Baik... apa yang "tak baik" nya, kedai tak banyak bukak lagi weh pagi-pagi buta macam tu! Pusing punya pusing, last-last kitorang landing minum kopi kat Kopi Ladang dulu.
Setel je ngopi kat Kopi Ladang, kitorang terjumpa pulak brader Shamsul Ghau Ghau, weh! Pergh, cair terus mata aku tengok motor Harley dia, memang meleleh bro! Tapi yang penting, Qasidah Jamilah aku dapat gak merasa Shamsul Ghau Ghau try remm-remm trotel dia. Ada lah jugak kenangan manis dengan legenda!
Lepas dah kenyang dan selesai beramah mesra, tak lengkaplah kalau tak basah kan? Kitorang terus cari port tepi sungai, lepak menikmati kesegaran air sambil berendam-rendam sikit kasi rehatkan badan.
Dedicated Host Sampai Ke Tepi Jalan
Sebenarnya tak ada aktiviti gempak sangat pun kitorang buat. Mostly memang melepak sambil sembang hala tuju, plus dia pun tengah nak try bertapak dengan bisnes Airbnb dia tu.
Tapi bab kecekapan dia layan customer memang aku respek ah. Punya la dedicated jadi host, tengah-tengah ride pun sempat berhenti tepi jalan semata-mata nak reply customer! Wakakaka. Bawa motor, bawa motor juga, income kena jalan!
Apa-apa pun, good luck bro untuk bisnes Airbnb kau tu!
Nanti ada masa, aku update pulak pasal epic ride aku sampai ke Terengganu semata-mata nak celebrate parents aku graduate. Tunggu!
Buat masa ni korang layan ah video ride aku kat Tiktok: sini


No comments:
Post a Comment