biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

06 February 2026

Anak, Bini dan Rotavirus

Rupanya "healing" kat tepi laut tempoh hari ada harganya yang tersendiri. Hari ni dah masuk malam ketiga aku berkampung kat Hospital Columbia Asia Bukit Jalil, dan kalau korang tanya apa main reason abahanda tersadai kat sini, jawapannya adalah si bos kecil Mehdi kena serangan Rotavirus. Aku punya syak wasangka yang kuat benda ni berpunca daripada kitorang pergi mandi mandi kat Pantai Cermin hari tu. Mungkin ada "khazanah" laut yang dia pergi rasa atau terminum masa tengah syok merempit dengan pelampung dinosor bocor dia tu. Aisehmenn!

Kisahnya bermula Selasa malam lepas bila Mehdi tiba tiba start muntah muntah lepas tu demam pulak on dan off. Aku dengan isteri apa lagi terus zasss bawa pergi Klinik Pusrawi Bukit Jalil sebab memang kat situ la port biasa kitorang bawa Mehdi check up. Doktor kat situ pun bagus dia suggest bagi air garam untuk elakkan dehidrasi dengan bagi beberapa ubat lain. Esoknya Mehdi nampak macam dah okay sikit sebab ada mood nak makan jadi aku pun gerak pergi ofis sebab ada urusan penting dengan agensi gomen yang tak boleh nak elak.

Tup tup tengah aku sibuk dalam meeting pengasuh Mehdi roger kata Mehdi muntah lagi tengahari tu. Sebab aku still stuck dalam perbincangan isteri aku gerak awal dari ofis dia terus angkut Mehdi pergi Klinik Pusrawi balik. Aku pun tak tahu la apa drama yang berlaku kat klinik tu tapi hujung hujung klinik bagi surat refer terus ke hospital. Aku pun tanpa fikir panjang suruh isteri bawa pergi Colombia Asia ni je sebab jarak dia dalam 1km je dari rumah kitorang. Pergi je sana terus masuk unit kecemasan untuk masuk air dan ambil sampel najis untuk test. Habis je meeting aku terus shoot ke hospital. Tau tau je keputusan keluar memang positif Rotavirus.


Rotavirus ni memang common untuk toddlers lagi lagi yang jenis jumpa apa benda depan mata terus nak masuk mulut. Mehdi la tu! Tengok keadaan dia yang dah lemau aku terus agree untuk dia kena warded kat sini. Jujurnya kencang jugak ongkos nya tuan puan nak duduk hospital swasta ni tapi demi anak abahanda gagahkan jua. Malam tu plan asalnya isteri yang teman tapi apa nak dikata dalam pukul 12 tengah malam isteri aku pulak start muntah muntah. Sudah! Berjangkit pulak dah.

Aku yang dah sampai kat rumah terpaksa patah balik ke hospital untuk uruskan urusan check in isteri pulak ke wad yang sama dengan Mehdi. Masa ni memang rasa kacip betul dengan penat kerja tak habis lagi kena urus dua orang kesayangan yang tengah tumbang. Alhamdulillah dapat duduk wad sekali dengan Mehdi senang sikit isteri nak monitor anak dia sambil dia pun kena cucuk jarum. Tapi dekat pukul 4 pagi jugaklah baru setel segala urusan GL dari PRU BSN. Dah bayar insurans bertahun tahun baru sekarang la merasa nak utilise betul betul medical card ni. Bau hospital yang kuat dengan bunyi mesin sana sini memang buat aku tak boleh nak lelap mata sangat. Ada pulak orang buat kerja repair jalan malam malam sebelah hospital ni. Hareyyy.

Tapi hari ni ada berita gembira sikit bila doktor yang monitor Mehdi kata kalau esok ada peningkatan dia dah boleh discharge. Untuk isteri aku pulak setakat ni masih tiada sebarang perkabaran lagi sama ada boleh balik sekali ke tidak. Rasa dia punya penat tu lain macam weh lagi penat daripada melayan bini aku beratur beli baju raya kat Bulan Bintang hari tu. 

Apa apa pun doakan anak bini aku cepat sembuh ya. Rasa bosan pulak bila dua dua tersadai kat sini. Tak boleh nak buli. Biarlah Mehdi cepat sihat nanti abah bawa pergi jalan tasik je tak payah pergi mandi air garam dah buat masa ni.

P/S: Tahik orang kena Rotavirus ni memang bau dia luar biasahh!


No comments: