Baru je aku nak acah acah steady minggu ni konon nak settlekan segala backlog yang dah menggunung tiba tiba muncul satu wahyu berbentuk bom jangka pendek: Event Soft Launch kat Melaka! Memang babi punya planning weh sebab apa? Sebab dia buat hujung minggu pulak tu! Masa berita ni pecah satu office rasa macam ditimpa bala. Ibarat dah jatuh dihempap tangga pastu tergolek kena gilis dengan lori bawak muatan pasir pulak. Mati terus. Stress dia tak payah cakaplah rasa nak meletup kepala otak fikir pasal workforce dengan logistik yang makin menghimpit terhimpit disempit sempitkan. Pohpalehweh!
Melihatkan muka masing masing dah macam zombi kurang zat besi termasuklah muka aku yang dah makin kelat ni Puan Corrine merangkap hype girl office kitorang pun buat move. Dia ni kira macam biro keceriaan sekolah lah. Dia arrange satu sesi Art Therapy. Mungkin dia kesian tengok kitorang dah mula bercakap sorang sorang depan laptop atau mungkin dia sendiri stress tengok Resting Bitch Face aku dari pagi sampai petang. Hahaha!
Tapi tulah memandangkan ramai yang Work From Home tak ramai sangat yang join kat office. Wakil kaum Adam pulak? Cuma aku dengan Syahir je yang ada. Yang lain semua ghaib di sebalik skrin laptop masing masing. Ada jugak yang buat buat busy sebab malas nak menconteng arang ke kanvas sendiri. Si Daus tu lagi lah siap ambil MC sebab nak "lipak" kerja. Aje gampa perangai budak ni! Mahu aku tak hangin tengok dia punya taktik melarikan diri tu.
Tema lukisan hari tu fokus pada bunga bunga yang Corrine bawak sendiri dari rumah. Fresh lagi weh sampai bau wangi bunga tu menusuk masuk lubang hidung aku mengalahkan bau kopi pantry. Kitorang bebas nak guna medium apa pun tapi aku tanpa ragu ragu terus sambar Acrylic Paint. Kenapa acrylic? Sebab benda ni memang jiwa aku dari dulu. Dah biasa sangat pakai jadi takdelah kekok sangat nak main dengan blending warna tu.
Sambil sambil melukis tu sempatlah juga aku tunjuk skill sikit kat dorang. Bukan apa sekali sekala nak juga tunjuk yang tangan ni bukan reti buat product briefing dengan layan auditor je tapi seni pun ada dalam darah ni. Bila berus dah mula menari atas kanvas segala masalah pasal event Melaka tu hilang jap dari radar. Fokus cuma pada warna dan stroke bunga tu je. Rasa tenang dia tu macam dapat bedal nasi kandar kuah banjir lepas balik kerja penat penat. Peluh jantan kat dahi pun rasa sejuk sikit bila dapat melukis ni.
Walaupun sekejap sesi ni memang membantu sangat nak turunkan blood pressure aku yang dah cecah paras bahaya. Dapatlah tarik nafas sikit sebelum berperang hujung minggu ni. Tapi macam korang tahu lah aku ni malas sebenarnya nak turun Melaka tu. Jadi pelan managerial aku yang paling padu adalah: hantar Daus dengan Eleena je! Biarlah dorang yang hadap huru hara kat sana abahanda nak rehat kat rumah layan FIFA sambil tengok Mehdi main pasir. Hahaha!
Daus tu kalau dia ingat dia boleh "lipak" dengan MC dia tersilap langkah la sebab aku tetap akan heret dia pergi Melaka tu jugak. Doakan dorang dan event tu kat Melaka nanti eh? Harap harap tak adalah yang terciduk tengah jalan. Nanti kalau aku rajin aku update lagi macam mana nasib dorang kena "gilis" kat sana.

No comments:
Post a Comment