biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

02 January 2026

New Year, New Me! Edisi 2026

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2026 kita ya! Rasa macam baru semalam je aku beraya sorang-sorang kat Gombak dengan hati yang lara, tup-tup sekarang dah jadi bapa orang. Seiring dengan peningkatan usia yang makin menjemput sakit-sakit belakang yang tak diundang ni, maka bermulalah fasa "New Year, New Me" yang ke-berapa-puluh kali entah. Hahaha! Pohpalehweh!

Korang pun tahu kan, sejak aku menamatkan zaman bujang circa 2021 dulu, badan aku ni punya la "bahagia" sampai naik mendadak macam harga emas. Dari 59kg yang slim melim persis model pakaian dalam (eh?), terus shoot up jadi 70++ kg! Ni kalau aku biar lagi, mahu jadi tong dram bergerak aku ni. Jadi sepanjang 2025 hari tu, aku gigih jugalah buat comeback

Walaupun tak adalah fit macam atlet Olimpik, dapatlah aku kumpul larian 53km setahun. Tak banyak, tapi better daripada tak lari langsung sampai berkarat segala sendi, ye dop? Yang paling barai, liga bola sepak 9-sebelah sejak September lepas. Tiap-tiap minggu ada game, tiap-tiap minggu jugalah rasa nak tercabut lutut, tapi kepuasan tu lain macam! Puas dapat keluar dari rumah jap! Hahaha.

Untuk tahun 2026 ni, misi aku mudah je. Taknak lah target bulan bintang sangat, takut nanti janji tinggal janji, akhirnya kelaut juga. Bab kesihatan, aku cuma nak maintain apa yang dah buat tahun lepas, cuma mungkin nak selitkan easy sports sikit. 

Faktor umur dah mula memainkan peranan, beb. Sakit belakang ni bukan cobaan ya, ni betul-betul! Main satu game bola, sakit belakang dia punya "pakej" sampai seminggu. Dari segi karier pulak, aku nak cari balance

Tahun 2025 punya workload macam roller coaster kat Genting! kejap hectic gila, kejap lagi free sampai rasa macam tak berguna. Jadi 2026 ni, stability is the key! Taknak lah busy sampai macam tauke projek bilion-bilion, tapi taknak lah relaks sangat sampai otak jadi tepu.

Cakap pasal sambutan tahun baru pulak, macam biasa lah... aku, isteri, dengan Mehdi memang tak adanya nak pergi menyelit kat celah-celah lautan manusia kat Dataran Merdeka ke Bukit Bintang tu. Aduhai, bayangkan pun dah rasa lemas, rimas, dengan sakit kepala. No thanks! Kitorang celebrate cara paling tenang: duduk kat balkoni rumah yang indah gemalai ni, tengok fireworks dari jauh sambil minum kopi panas, lepas tu terus masuk tidur! Kitorang celebrate cara paling tenang:




Jimat minyak, jimat tenaga, dan yang paling penting, tak payah hadap jammed gila babi yang boleh membawa kepada kemurungan berpanjangan. Bila dah ada anak kecil macam Mehdi ni, tidur yang cukup itu adalah satu kemewahan, weh! Apapun, moga tahun 2026 ni memberi lebih sinar buat kita semua. Moga segala misi dan visi korang tercapai dengan jayanya. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah la ya!

No comments: