Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu kedua kita di tahun 2026. Hahaha! Aku harap momentum korang masih solid, sebab minggu ni aku punya "enjin" dah kena paksa lari high RPM terus. Tak sempat nak panaskan badan, gear dah masuk 5! Pohpalehweh!
Ceritanya bermula dengan "dating" paling ngeri buat semua orang dalam bidang Ops: Audit. Minggu pertama sprint ni, masa aku banyak habis melayan kawan-kawan auditor untuk semak balik segala operation matters tahun lepas. Sumpah weh, rasa macam kena soal siasat dalam bilik gelap! Setiap dokumen yang dorang mintak, aku kena gali balik sampai ke lubang cacing. Sambil-sambil pening kepala dengan auditor tu, aku sempat juga jadi "cikgu" jap buat Product Briefing untuk newcomers kat Customer Support. Penting bagi aku dorang faham produk ni A-Z. Kalau dorang "terciduk" masa jawab soalan customer, aku juga yang tak lena tidur nanti fikirkan nasib frontliner kitorang.
Selain jadi "kaunter pertanyaan", minggu ni jugalah kitorang tengah rancak buat persiapan untuk New Product Branding.
Penat dia lain macam sebab aku kena duduk sekali dengan team Marketing dan Business Development. Sesi brainstorming kitorang memang santai, takde lah sampai nak bertekak, tapi kepala otak tetap berasap juga nak perah idea. Cuma sebagai Lead, aku kena main peranan "polis" sikit. Aku kena pastikan apa yang team Marketing nak "janji" kat customer, team Ops (aku lah tu!) mampu nak deliver. Biasalah, kalau tak pantau, ada tendency nak sembang gajah terbang tapi habuk pun tak ada! Habis semua orang kena gulai nanti kalau janji bulan bintang tapi execution ke laut.
Tapi dalam sibuk-sibuk kerja tu, sukan tetap sukan. Khamis malam Jumaat hari tu, aku on game 7-side football pertama untuk tahun 2026 ni.
Sekali amik kau... lawan dengan budak-budak muda, memang kitorang jadi "lauk" ah! Rasa macam nak tercabut paru-paru weh nak kejar dorang. Dengan faktor usia dan pinggang yang sedia ada "manja" ni, setiap kali nak sprint tu aku kena fikir dua tiga kali—sayang nyawa punya pasal. Tapi puas hati lah, dapat juga keluar peluh jantan sebelum masuk hari Jumaat.
Cuma tulah, pagi ni bangun tidur rasa macam kena langgar lori pun ada. Dahlah pagi-pagi lagi dah ada meeting. Baru minggu pertama dah rasa macam kena upper-cut berkali-kali. Tapi itulah kemanisan hidup seorang "manager" marhaen macam aku ni. Hidup kena ada warna, walaupun warna tu kadang-kadang warna lebam kat lutut sendiri.
Azam nak maintain momentum tetap ada, cuma kena pandai-pandai jaga lutut dan pinggang ni supaya tak "meletup" sebelum masanya.

.jpeg)
No comments:
Post a Comment