Al-kisah permulaan ceritera, aku melabuhkan punggung di atas tilam empuk sambil memandang jauh ke luar jendela kamar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Jam menunjukkan pukul 1:22 petang, kaki aku secara kasarnya melangkah masuk kembali ke Taman Ilmu dan Budi setelah lebih kurang 5 hari menghabiskan cuti di desa halaman.
Suasana kat sini sunyi sepi lagi. Mungkin ramai kawan-kawan lain masih ligat beraya kat kampung, sedang aku pula tengah dilanda ribut dan kabut dalam hati dan fikiran. Mana taknya, peperiksaan hujung semester (final exam) tinggal lagi tiga hari saja lagi! Masak...
Aidilfitri 2013 kat Bachok, Kelantan macam biasa—tetap indah berseri. Cuma itulah, masih terasa ada "kekosongan" sejak pemergian arwah atuk kesayangan. Beliau lah ketua keluarga yang paling memahami, penyayang, dan tak jemu mentarbiyah kami anak cucu. Semoga arwah tenang dan bahagia di alam sana. Al-Fatihah.
Bila tengok budak-budak kecil berlari-lari anak kat halaman rumah, nampak gembira betul diorang mengumpul duit raya. Aku pula? Terkorek-korek juga permukaan beg tangan, mana tahu ada barang sekeping dua nota biru (RM1) yang terselit. Hasilnya? Tiada. Duit raya pun memang dah tak kedapatan dah umur-umur macam ni. Haha!
Tapi tak apa, aku tetap bersyukur. Nikmat Ramadhan dan Aidilfitri tu masih terasa. Hari raya aku penuh dengan aktiviti ziarah sanak-saudara, dan waktu malam pula kita "bakar lemak" sikit. Futsal jadi pilihan utama untuk aktiviti bersukan dengan sepupu-sepapat.
Aduh, payah benarlah nak tulis puitis-puitis dalam blog ni. Tak tahan aku! Awal-awal tu semangatlah juga nak susun ayat puitis, masuk perenggan kedua terus rasa nak give up.
Pendek kata, raya tahun ni walaupun dah tak merasa duit raya, tapi aku tetap happy dapat spend time dengan family. Sekurang-kurangnya dapatlah penuhkan balik hati aku yang tengah "kosong" dan serabut sekarang ni. Nah, sebagai penyeri blog, aku sediakan sedikit santapan mata buat korang.
Dah puas menyantap gambar? Akhir kata, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada penaja tak bertauliah ni. Semoga korang semua bahagia sentiasa!
Aku nak kena sambung hadap buku ni. Doakan aku sukses exam nanti ya!
4 comments:
Nick blog kita dekat sama bro hehehe nice to meet kau bro...
Yeah bro, bila blog berbicara :) sama sama puitis kita ni.
Bila blog berbicara?? unik gila nama.. Selamat Hari Raya Rafiq.. -_-
bila blog berbicaraa tu cik maha punya, aku biar blog berbicaaara. haha selamat hari raya jugak :D
Post a Comment