Assalamualaikum semua! Pejam celik, pejam celik, dah masuk fasa hujung Januari 2025 kita ya. Tapi langit tak selalunya cerah, bos kecil kitorang si Mehdi ni tiba-tiba "tewas" pulak. Demam lah pulak dia. Jadi sebagai bapa yang prihatin (dan juga bapa yang memang dah sedia lemau nak menghadap kerja), aku pun decide untuk ambil cuti hari Khamis dengan Jumaat. Alang-alang tu boleh la sambung terus ke weekend, dapatlah "cuti panjang" tanpa gangguan backlog kerja.
Tapi kali ni demam Mehdi ni standard budak-budak nak membesar kot sebab dia punya aktif tu masih lagi tahap luar kawalan. Cuma yelah, bila badan tengah membahang tu, muka dia memang monyok je la macam nangka busuk. Kesian pulak aku tengok dia terperap je kat rumah menghadap dinding, jadi aku dengan isteri buat keputusan nak bawa dia keluar ambil angin kat Tasik Bandar Tun Hussein Onn. Sambil-sambil tu, kitorang sebenarnya ada niat tersembunyi jugak nak menghala ke area Cheras tu. Kitorang nak pergi "cuba try test" Ayam Gepuk Artisan!
Korang pun tahu kan kitorang ni memang kaki tegar Ayam Gepuk Top Global. Jadi sebagai "pakar penilai gepuk" yang tak bertauliah, aku nak tengok jugaklah apa yang hebat sangat pasal Artisan ni. Lepas dah bedal sampai berpeluh dahi, aku konklusikan mengikut tekak aku yang cerewet ni: aku masih lagi prefer sambal dari Top Global. Sambal dorang lebih creamy, berminyak, dan ada satu rasa yang memang kena dengan anak tekak aku. Tapi kalau bab harga, Ayam Gepuk Artisan memang menang tanpa bertanding weh! Murah gila. Set Ayam Crispy 2 ketul baru RM 7.99 je (tak masuk air). Kalau ambil air sekali pun tetap berbaloi sebab air kat situ free flow. Sesuai sangatlah untuk orang yang jenis minum air macam unta lepas makan pedas macam aku ni.
Selesai sesi melantak, kitorang singgah masjid berdekatan tasik tu untuk setelkan solat Asar dulu. Bila rohani dah "glow- glowing", barulah kitorang terus ke tasik! Kat sana kitorang bagi Mehdi peluang untuk bagi makan kat burung merpati dengan ikan-ikan liar kat situ. Geram betul aku tengok ikan keli kat tasik tu, saiz dia masing-masing dah macam seberat dosa! Gemok-gemok weh. Aku rasa kalau aku bawa jala lepas tu tangkap buat balik rumah, memang boleh buat stok makan seminggu ni.
Apa-apa pun, momen spending time dengan family macam ni la yang paling "mahal" dalam hidup. Walaupun cuma jalan-jalan tasik dengan makan ayam gepuk murah, kepuasan dia tu lain macam. Semoga Mehdi ingat momen-momen macam ni sampai dia dah tua nanti. Masa tu mungkin aku pun dah "rehat" dalam tanah, tapi sekurang-kurangnya memori abahanda bawak pergi tasik ni tetap segar dalam ingatan dia.

No comments:
Post a Comment