biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

19 January 2026

Koyak

Sejujurnya weh, aku dah sampai tahap penat yang luar biasa. Rasa macam bateri iPhone tinggal 2% tapi kena paksa run heavy task edit video 4K. Bayangkanlah, sejak balik dari Kundasang bulan 12 hari tu, rentak hidup aku tak pernah sekali pun dapat merasa chill. Kena libas dengan back-to-back event sampai rasa nak tercabut skru lutut! Pohpalehweh!

Setiap hujung minggu ada je benda menanti. Tanggungjawab hakiki sebagai ketua keluarga tu memanglah wajib, tapi yang "tak hakiki" tu yang buat aku mengah. Kejap kena jadi handyman tak berbayar, kejap kena susun business plan bagi mantap. Memang koyak, beb! Bukan otak dengan badan je yang rabak, wallet aku pun dah mula menjerit mintak nyawa, tambah pulak dengan kereta Iriz aku yang dah mula buat hal faktor usia. Tabah jelah wahai hati.

Tapi, dalam kepenatan tu, terselit satu kemenangan kecil.

Disebabkan aku berjaya "lepaskan diri" daripada kena turun Melaka (sorry eh Daus & Eleena! Haha!), aku pun pasang niat suci murni: Aku nak rehat gila-gila. Plan aku mudah je—makan, tidur, main game, ulang. Let’s Go!

Kebetulan Jumaat hari tu aku baru dapat patch baru FIFA Manager 14. Ngam sangatlah dengan profesyen aku sekarang. Kat office jadi manager operasi, kat rumah pun sambung jadi manager bola jugak. Syok layan sampai pukul 3-4 pagi, baru rasa dunia ni aku yang punya tanpa ada gangguan backlog kerja atau muka auditor. Masa ni lah baru rasa "me-time" tu betul-betul function.

Itik Salai: Battle of the Taste Buds

Tapi takkanlah duduk rumah terperap je, perut kena jaga juga kan? Sabtu tu aku pun pergilah "cuba try test" kat Kedai Salai Power yang asyik lalu kat feed TikTok aku. Terliur punya pasal, aku pun redah.


Tapi honestly lah weh... lepas dah rasa sendiri, bagi aku Salai Power ni pedas dia macam "pedas bodo" je. Takde sensasi, takde kick! Itik Salai Mashtar masih lagi juara takhta di carta hati (dan anak tekak) aku. Mungkin sebab lidah aku dah kena "gam" dengan rasa Mashtar yang pekat tu, sampai rasa macam kena kangkang terus dengan ke-legend-an dia. Sekali dah biasa makan yang king, nak tukar angin memang payah sikitlah.

Sekarang ni, sambil aku taip entri ni, aku tengah melayan kesakitan bibir sebab ulser yang tengah meriah ni. Mujur ada Bactidol, dapatlah melegakan sikit pedih ni dengan hanya beberapa kumuran.

Penat memang penat, tapi itulah "kemanisan" hujung minggu seorang manager. Kejap lagi nak sambung rehat balik sebelum kena libas dengan hari Isnin.

Welcome to the 2% battery life! Jom kumur Bactidol lagi sekali!

No comments: