biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

21 July 2013

Ya Hanana - Kesayangan Kami

Angin bertiup halus menyentuh alis mata ku, sinar mentari menyuluh tepat permukaan kulit ku lantas membakar segenap pelusuk permukaan sel sel kulit. Ku jengukkan keluar, ahhh da tengahari dah  :/ sedar sedar dah hari ahad dah, kalau hujung minggu kejap je masa berlalu. Tapi atleast hujung minggu ni penuh la jugak aktiviti aku, ibadah tak dilupakan - terawih and solat wajib :) Alhamdulillah Ya Rabb. Start dari jumaat haritu penuh malam aku, lepas terawih lepak jap then futsal sampai kul 2 pagi, balik bilik siapkan diri, siapkan rezeki untuk sahur sesi ketuk ketuk ramadhan, pastu dah siap tunggu sahur bersama then solat sunat. Penuh aktiviti. Jayyid jiddan rafiq zain, jayyid jiddan !

Walaupun bulan puasa ni bulan beribadah, tapi aku taknak limitkan diri aku untuk sekadar beribadah sebab bagi aku untuk jadi muslim yang kuat banyak aspek yang perlu ade. Dari aspek kesihatan badan, kesihatan minda serta aspek kesihatan rohani. Aduhh, cam pakar motivasi dah ni. Tapi serious, kalau kita sehat sebenar nya banyak sangat kita boleh buat :) bukan nak kena sakit baru kita nak Ya Allah, Ya Allah. Lemah kan kita, time sihat lupakan dia. Time sakit tuh beria merintih, baru nak ingat.

Second thing, to be a good muslim ni kita kena ada akal. Kena gunakan rasionalisme sepenuhnya untuk certain things, kena ada unsur sebab musabab, kenapa macam ni, kenapa macam tu. Bukan sekadar kita buat ibadah ni just atas nama kita ikut orang. Tengok orang ni buat benda ni, hoo kita ikut. Orang tu duk buat benda tu, hoo ikut jugak. Sekarang ni akhir zaman, macam macam benda ada. Contoh simple kes kes syiah kat malaysia sekarang ni, i mean kalau kita takda ilmu, tak cuba kaji agama kita, tak cuba bukak dan bedah isi kandungan Quran tuh sendiri mungkin sampai kita sendiri tersesat dalam agama sendiri, tu yang ade sampai terikut syiah la, terikut menda menda yang jauh terpesong dari agama.

“…nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan” (Al-Mujadilah: 11)

Untuk dapat ilmu tu, bukan sekadar duduk dengar ceramah sini sana. Kena la bukak sendiri, bedah sendiri dan cari orang yang kita boleh rujuk. Macam mana korang study subjek, korang tak just dengar lecturer pom pang pom pang kat depan, korang kena ade inisiatif bukak buku, cuba timbulkan persoalan dan rujuk lecturer tu balik. Cam tu jugak pasal agama ni, jangan hanya membuta tuli. 

Then baru masuk ibadah, ibadah tu jaga. Solat terutamanya, nak cite camne beratnya solat ni sampai kalau kita sakit pun still wajib melaksanakan nya, takleh berdiri ? duduk haa, duduk takleh jugak ? ade bisul? baring? tapi camne pun kena buat jugak. Tak macam zakat, zakat kalau tak mampu bagi , kita terima. Puasa kalau tak mampu, tak larat, musafir ? boleh berbuka. Solat jangan laa main main, menda pertama dihitung.

Panjang pulaa bertazkirah harini, sampai sini je aku share yang lain korang nilai sendiri yeah :) semoga jayyid jiddan :) Salam Ramadhan

Dari awak duk nyanyi lagu kat saya, baiklah awak ber-Ya Hanana kat saya :p



No comments: