Erghmagard ! Ashraf Muslim kahwin lagi ? Kecoh haa kat group iium online ni haa. Tapi before that, let us bersyukur sikit pada Ilahi. Alhamdulilah
masih lagi dapat bernafas,macam mane hari nie ? alhamdulilah kalau
bahagia dan sehat, kalau tidak jom cari ketenangan diri. Hari nie ada
dapat pelbagai persoalan tentang cinta, cinta memang tak dapat di
pisahkan dalam hidup kita walaupon bulan ramadhan.
Ahh ada juga yang bertanya dengan aku salah ke jatuh cinta ? abis macam mane kalau dah suka kat seorang perempuan tu ? Macam mana kalau dah suka sangat sangat dah ?
Pada aku memang tak salah nak jatuh cinta, itukan soal hati dan perasaan
kamu tak sape dapat halang. Itu perasan yang hadir dari hati korang , kan
kan kan. Naluri orang kate. Janji cinta itu biarkan di letakkan pada yang betul dan
mengikut landasan islam.
Kadang
memang tak dapat nak halang seseorang itu untuk jatuh cinta dan tak
dapat nak halang anak muda untuk bercinta. Yelah zaman sekarang nie
kisah cinta bermacam macam, dan cinta bertahun tahun, katanya nak kenal
cinta.
Ada yang kata, dah couple bertahun tahun tapi tak kawin juga bagaimana tu?
Dah kawin perangai berubah ?
baru kenal dah kawin ?
Dah kawin, tapi nak kawin lagi ?
macam mane pula tu ? jawabnya tentulah jodoh semua Allah dah aturkan siapa jodoh kita, dan sebagainya. Cerita pasal ahsraf muslim kahwin lagi ? Kalau maybe dari pandangan certain people rasa macam okay je kalau dia mampu, and for certain people kesian kat bini dia yang pertama tuh. Tapi tu laa, jodoh maut kita ni kita takkan tahu. I dont know really, times passes and people do change. Apepepong doakan agar ashraf muslim dapat jalankan tanggungjawab beliau :)
Dalam kata katanya ada nasihat yang berguna
Tegurnya penuh berhemah
Mengingati kamu soal solat, puasa dan sebagainya
Carilah
seseorang itu yang mampu membawa cinta kamu kebahgian di dunia dan
akhirat. Jangan cari yang suka pada pekara yang lagha seperti suka
karaoke, lepak sampai pagi dan sebagainya.
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat
besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah
SAW bersabda:
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana
orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku
akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada
naungan kecuali naunganKu”
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman.
Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah
kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya
nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara
kalian! (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,
“Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis
ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
Jadi berubahlah cara cinta kerana Allah , sebab apa ?
Jika
kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan
sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa
redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri ,
dan letakkan cinta itu kerana Allah.
No comments:
Post a Comment