Assalamualaikum :)
Haa, hari yang ditunggu tunggu bakal tiba esok :p Pembersihan yang dicanang2 selama ini :) Btw, sebenarnya i'm not really into politik lah . Saja nak meng-campuri urusan neh, yela bukannya ape sampai khutbah jumaat ari neh pon termasuk cerita bersih bersih neh. :) Aku tak menyokong mane mane pihak , tapi pengalaman aku lam politik di universiti kan, aku nampak la kewujudan yang tidak adil dalam kes neh , Contohnya la kan, kerajaan amat menolak perhimpunan bersih yang dikatakan dipelopori pihak pembangkang en tapi masa yang sama budak budak diorang pon duk sibuk nak wat team nak lawan Bersih tuh ! Patriot name nye -__- . Sememangnya ade betulnya ape yang pihak kerajaan cakap, keburukan demonstrasi jalanan neh plus rakyat pon macam terdedah dalam keadaan yang bahaya kot . Ish ish tak elok tak elok *geleng2. Tapi kenapa kan pihak kerajaan tidak memandang dengan lebih terbuka, kenapa perlu wujud nya golongan Patriot pula? Ahh, ni da macam nak betulkan org lain. tapi diri sendiri tak terjaga :)
Jadi, ape perlu kita lakukan ? Secara logically kan, seorang boleh membentuk kumpulan , kumpulan boleh membentuk satu golongan, dan golongan boleh membentuk satu negeri bahkan satu negara. Jadi, bagi membentuk negara yang bersih dan tulus murni dan segala bagai- kita perlu bermula dengan diri sendiri kan kan. Bila semua orang da suci murni bersih tulus mulus nescaya akan bersih segala nya :) InsyaAllah.
Nak tips bersihkan diri? before bersihkan diri kita bersihkan hati dulu. Jom baca yee tips tips nyee :P
Petua Mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
Ok tak? Mari la sama2 kita cuba ya. Kalau tak dapat semua pun, ambil satu ja la. Cuba istiqamah. Allah amat suka amalan yang sedikit tapi istiqamah daripada amalan yang banyak tapi sehari dua ja terus tak buat lagi. Kalau hati kita bersih, Allah suka, makhluk Allah pun turut suka.
Disini aku nak share doa-doa yang aku cari disekitar laman sesawang untuk membersihkan hati2 kita :)
Bismillahirahmanirrahim .
Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai Pengharap orang yang miskin.
Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.
Semoga segala usaha kita diberkati Illahi :) Ameen.
rafiqzain love peace. Support me by share it to others.
1 comment:
nice! =)
Post a Comment