biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

19 October 2010

Qailulah

Tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah, sering kali oleh Rasulullah. Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,

"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."

Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai satu kemalasan. Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.


Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur."

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

haa.rupanya hobi aku selama neh bermanfaat jugak. haha. so korang2 yang suka tidur inilah mase nye untuk menjalankan aktiviti itu. :) renung renung kan dan selamat beramal.