biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

18 October 2010

Coret Contengan

Fuh, sekejap je rasa masa berlalu. Harini aku rasa nak buat pengumuman sikit, aku ada buka satu lagi blog baru, jemputlah singgah ke http://purefactionist.blogspot.com.

Saje je buat blog satu lagi tu, konon nak buat tempat 'bajet best' lah! Haha. Takdelah, sebenarnya sekadar nak kongsi-kongsi pengalaman hidup je. Padahal blog yang sedia ada ni pun macam hidup segan mati tak mahu, post pun entah apa-apa. Tapi takpe, aku akan cuba buat yang terbaik. Ni semua Cekadak punya pasal ah yang beria suruh aku mula blogging balik. Siaplah kau nanti!

Malam ni memang aku betul-betul free. Tengah tunggu masa nak ber-speaking depan examiner MUET esok. Memang tengah bersemangat waja ni! Haha. Tengok si Japrap tu, sibuk betul dia baca berita pasal bajet, takut soalan tu yang keluar esok. Aku apa lagi, join sekali lah. Rajin betul kitorang malam ni, jarang-jarang berlaku ni.

Haa, kalau korang perasan, header blog aku ni dah bertukar. Ada kawan perempuan aku tegur, dia kata tak tahan tengok gambar lama tu sebab takut tergoda. Haha! :D Jadi, nak selamatkan keadaan, aku pun letaklah gambar van atok aku. Ni van yang dia pakai masa zaman ngorat nenek aku kira-kira dua abad yang lalu. Klasik habis!

Dah lah, penat merapu. Overdose maggi ni.

8 comments:

Hidayah Sazali said...
This comment has been removed by the author.
Hidayah Sazali said...

uiks terdelete. wahah cuntek belog.

Rafiq Zain said...

seshanthik tuan nye :D

xpikirlagi said...

tergoda dgn header lme lu..???euuwwww...!

Rafiq Zain said...

haha.betul kan . sebab tu kau suh aku tukar. haha.

xpikirlagi said...

sket pon x..gua xrse pape pon..
cumenye gua jge pndangn..haha

Rafiq Zain said...

ahha.oh.jaga pandangan ye.cam mempromote kebaikan diri sendiri jep. :D

xpikirlagi said...

peh!ayat sngt mnusuk kalbu.
gua tgh promote islam sbgi cre idop la der..