biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

04 September 2010

The Perfect Last Day

Fuh, harini punya jadual memang huru-hara sikit. Entah mana silapnya, aku terjaga pukul 9 pagi, padahal kuiz Chemistry aku sepatutnya pukul 8 pagi. Memang naya! Sudahlah kuiz terlepas, mandi pun aku melengah sampai pukul 10.30 pagi.

Dah la ada kelas FIM (Understanding Islam) pukul 10 pagi, tapi pukul 10.58 pagi baru aku nak terkekeh-kekeh gerak pergi kelas. Sampai-sampai pun dah nak habis, pukul 11.13 pagi aku dah keluar balik. Pergi tu pun sekadar nak hantar assignment je sebenarnya.

Lepas tu, balik bilik jap, sempatlah guling-guling atas katil sambil baca mesej. Tapi tak lama, sarung baju semula terus gerak pergi GCU pukul 11.30 pagi. Kat sana jumpa Pikah, kitorang borak-borak jap sementara tunggu Dayah. Sempat jugaklah beramah mesra dengan Bro Harunaja dan Madam Khairani sekali.

Pukul 12.03 tengah hari, barulah nampak kelibat Hidayah Sazali sampai. Paling best, dapat hadiah daripada Dayah! Thanks Dayah, tahu-tahu je aku suka. :D

Lepas tu pukul 12.30 tengah hari, balik bilik sambung aktiviti kegemaran: guling-guling sampai tertidur. Pukul 1.30 petang terjaga terus kelam-kabut pergi solat Jumaat. Habis je solat, balik bilik sambung main game dan online kejap, tapi biasalah... sambil-sambil tu ada juga 'terlunas' tidur sekali sekala.

Pukul 6 petang baru aku gagahkan diri bangun mandi, bersiap nak pergi KFC dan solat Asar sorang-sorang dalam bilik. Tepat pukul 6.58 petang, aku dah terpacak kat KFC. Tunggu masa nak order, berbuka, lepas tu terus balik.

Pukul 8.03 malam, aku solat Maghrib dan sambung terus sampai habis Tarawih. Pukul 9.40 malam, naik bilik semula lepak dengan Nad dan Prap. Rezeki malam ni, dapat makan Big Apple si Prap punya. Sambil-sambil tu layan online, tengok movie, dan balas-balas mesej.

Sekarang ni jam dah makin lewat... bila la aku nak tidur ni? Ahhh, parah!

4 comments:

Unknown said...

salam
haish...
aku doakan ko berubah sket satu hai nnt yer..
be a better man~
hihi

Rafiq Zain said...

haha. nice, :D

Hidayah Sazali said...

Pembetulan pada ketibaan Hidayah Sazali adalah pada jam 12:23:05pm. Harap maklum. haha

Rafiq Zain said...

yola. Hidayah Sazali. :)