biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

25 Disember 2025

Screen OFF - Science ON

Cuti sekolah dah start, maka bermulalah fasa rumah aku dan rumah adik aku jadi macam stesen bas, stesen keretapi dan stesen-stesen yang sama waktu dengan nya - riuh rendah dengan suara anak-anak sedara! Daripada biar dorang "berkahwin" dengan handphone kat rumah, baik aku heret semua pergi Pusat Sains Negara (PSN). Sambil bantu ekonomi pelancongan setempat, dapat jugak bagi dorang pendedahan real science (bukan teori dalam buku je tau!).



Highlight Trip Kitorang:

  • Terowong Ikan (Aquarium): Masuk-masuk je terus rasa vibes tenang bawah air. Budak-budak ni dah macam nampak mermaid, khusyuk betul tengok ikan berenang atas kepala.

  • Live Kahoot Quiz: Ni paling lawak. Anak sedara aku punya la bersemangat nak tunjuk pandai sebab nak kejar hadiah top 3. Sekali bila join... alahai, dah soalan terakhir rupanya! Melepas nak jadi juara.

  • Science in Action: Paling best bila dapat tengok depan mata macam mana wave terhasil, macam mana cahaya bergerak. Bukan budak-budak je ternganga, aku yang menginjak usia dewasa ni pun join excited sekali!

Anak aku yang baru setahun jagung tu pun tak nak kalah. Paling dia enjoy tentulah kat area playground. Tapi yang paling epic, masa bawak dia pergi Taman Dinosor. Ternganga-nganga dia tengok dino besar gedabak kat situ! Berani tu berani jugak nak dekat, tapi sebab cuaca petang makin membahang, kita bagi salam "Assalamualaikum" je lah kat dino tu terus gerak balik.


Penat melayan kerenah ramai-ramai ni memang tak payah cakap la, tapi bila tengok dorang balik bawak ilmu baru (dan kepenatan sampai tidur awal), rasa berbaloi sangat! 

P/S: Anak aku balik terus tidur tak bangun bangun penat sangat ler tu.

Tiada ulasan: