Assalamualaikum dan salam 1 Julai 2025! weh nak habis dah separuh tahun pertama 2025 ni. Tapi sebelum kita melangkah lebih jauh, aku nak throwback sikit satu trip unexpected yang kitorang buat baru-baru ni.
Ceritanya bermula pada 27 Jun lepas bila aku dengan Farid berserta isteri masing-masing, Aina dan Ain tiba-tiba dapat wahyu nak buat unplanned trip ke Hatyai. Kali ni kitorang tak naik burung besi. Kitorang decide nak buat cara kental dengan drive sendiri sampai Padang Besar lepas tu sambung naik van masuk Siam. Pesertanya macam biasa lah aku, Farid, Aina, Ain dan sudah tentulah bos kecil kitorang si Mehdi.
Malam 26 tu kitorang dah shoot gerak dari KL. Pemandunya mestilah si Farid sebab aku ni memang terkenal dengan gaya pemanduan yang sangat santai, rileks dan penuh berhemah. Mungkin sebab dorang takut kitorang sampai Hatyai lusa nanti, dorang suruh aku jadi sub driver je. Abahanda rehat je kat sebelah biar orang muda buat kerja. Hahaha! Sampai je Padang Besar masa Subuh, kitorang dah deal dengan tuan punya tapak parkir dekat dengan masjid situ untuk tinggalkan Saga Turbo Farid. Lepas solat dan setel urusan imigresen, kitorang pun naik van. Beratur punya la panjang weh, memang kicap jugaklah menunggu dalam barisan tu. Tapi demi sesuap Khaomok, kitorang tabahkan jua hati ni.
Sampai je Hatyai, misi pertama adalah cari motor sewa. Aku secara peribadi memang lagi prefer merempit kalau kat Siam ni baru la lincah nak mencelah sana sini. Lagipun rate sewa pun tak ada la mahal sangat. Lepas kitorang check in kat TK Hotel yang jujurnya ada vibe sikit punya seram macam hotel dalam filem seram Thailand, kitorang terus vroom cari makan. Aina bini aku memang dari KL lagi dah mengidam Khaomok aje. Pusing punya pusing nak pergi tempat yang viral tu memang harapan lah sebab barisan dia panjang naaaa. Sudahnya kitorang shoot ke Khlong Hae Floating Market. Aktiviti kat sini memang makan je lah. Sambil bedal makanan kitorang cuci mata tengok mamat berbulu joget tepi jambatan. Asyikkk! Habis situ kitorang sambung merempit ke Lee Garden Night Market untuk aktiviti wajib iaitu massage. Murah oii lepas dah lega segala urat pinggang bapa orang ni baru kitorang balik hotel dan terus tumbang tidur.
Hari kedua kitorang gerak ke Wat Khok Saman Khun saja nak ambil angin tengok patung-patung kat situ. Fees dia boleh tahan mahal juga tapi alang-alang bawa Mehdi melawat dunia luar kitorang redah je lah bukan selalu pun. Lepas tu kitorang shoot ke Seaverse Cafe untuk menyantap. View dia memang cantik tapi sebab kitorang sampai tengahari buta suasana dia memang panas lit lit sampai rasa nak rentung kulit ni. Selesai sesi bergambar kitorang terus ke Masjid Songkhla tempat yang cukup femes sebagai lokasi orang Malaysia kahwin siam. Hahaha tapi kali ni bukan aku nak cari bini baru tapi aku bawa bini sedia ada melawat kawasan. Menarik masjidnya sempat la aku solat situ dan aku sangat impressed tengok Islam kat Thai ni memang mantap. Ada kelas agama atau exam masa aku melawat dewan solat dia. Budak-budak lagi dah mendalami ilmu agama. Semoga Mehdi pun begitu nanti.
Plan asal memang banyak nak pergi pantai la nak pergi jalan jauh lagi la tapi lepas dah leka lama sangat kat Seaverse dengan Masjid Songkhla kitorang decide untuk shoot terus pergi dinner kat Khlong Hae Buffet Seafood. Bagi aku tempat ni biasa je sebab ramai orang dan panas. Bawa pulak Mehdi yang tengah buas memang berkicap abahanda nak melayan! Tapi harga memang berbaloi dan boleh datang lagi. Malamnya pulak kitorang pergi Asean Bazaar Night Market. Aku dengan Farid just jalan cuci mata tengok jersi bola je manakala urusan beli belah yang berat-berat aku serah kat Ain dan Aina. Deme banyok pitih! Penat weh hari kedua ni sebab kena merempit jarak jauh. Balik je hotel terus out masuk alam mimpi.
Hari terakhir kitorang check out dari hotel dan pergi cari makan lagi. Makan je kerja kitorang hari-hari kat sini. Bini aku masih lagi dengan craving Khaomok dia tu. Semoga bukan petanda pregnant lagi sorang lah ya! Lepas tu kitorang pergi jalan mall sebab kat luar panas sangat. Pergi melawat Central Festival Hatyai geng bini-bini ni suka la sebab habis diborongnya mekap kat situ. Kitorang yang jantan ni prefer untuk just look natural no filter no makeup. Setel je beli barang kitorang naik van kembali ke pangkal jalan di Padang Besar. Sampai-sampai je sana terus pergi ambil kereta Farid dan gerak ke Perlis. Lepas lepak makan kat pasar Padang Besar kitorang pergi ke Kilang Gula Perlis. Sampai situ pun dah nak Maghrib terus kitorang ambil gambar je buat kenangan. Plan nya nak terus balik KL tapi sebab dah tak larat nak drive kitorang singgah kat Penang jap pekena nasi kandar semulut dua sambil rehat satu malam kat sana. Esoknya pusing-pusing Penang sikit lepas tu baru gerak balik KL. Penat tapi berbaloi cuma duit je lah kering sikit.






No comments:
Post a Comment