biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

11 Julai 2024

Ini Rahsia Tuhan

Pejam celik, pejam celik, keluarga kecil aku dah bertambah seorang lagi ahli baru.

Alhamdulillah, pada 4 Julai 2024, lahirnya putera kedua kami yang diberi nama Mehdi Adyan.

Ceritanya bermula pagi-pagi lagi, lepas je Subuh member (isteri) dah mula rasa contraction. Tak tunggu lama, terus kitorang shoot ke Hospital Cyberjaya. Sampai-sampai je terus kena tahan wad. Ingatkan lama lagi nak kena tunggu, rupanya lebih kurang waktu lunch hour, Mehdi dah selamat melihat dunia.

Kelahiran Mehdi ni sebenarnya satu anugerah yang sangat besar bagi kitorang. Macam korang tahu, sebelum ni kami diuji dengan kehilangan anak sulung, Mussa Adni, yang pergi meninggalkan kami masa umur dia baru 3 bulan disebabkan Edward Syndrome.

Jujur cakap, perasaan masa sambut Mehdi ni memang bercampur baur gila. Ada rasa sebak, ada rasa syukur yang teramat sangat. Allah itu sebaik-baik perancang. Inilah rahsia Tuhan... tengok muka Mehdi ni, terus aku teringat dekat arwah Mussa. Sebijik! Memang terubat terus rindu di hati.

Mehdi Adyan Mohammad Rafiq


Mussa Adni Mohammad Rafiq


Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl, ayat 78:

وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."

Bila dah jadi ayah buat kali kedua ni, barulah faham kenapa orang kata tugas ni berat tapi manis. Apa-apa pun, doakan Mehdi Adyan membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, dan kuat macam arwah abang dia dulu. Terima kasih kepada semua yang mendoakan urusan kami dari pagi sampai selamat semuanya.

Welcome to the world, Mehdi! Jom kita struggle tukar pampers sama-sama!


Tiada ulasan: