biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

06 February 2023

100 Days of Joy: Buat Mussa Adni

100 Days of Joy: Buat Mussa Adni

Alhamdulillah untuk 100 hari yang paling bermakna dalam hidup kami. Hadiah terindah daripada Ilahi.

Telah pergi anakanda kesayangan abahanda dan mami ke negeri abadi. Terima kasih, Mussa, kerana menjadi seri dalam hidup kami. Terima kasih kerana menjadikan abahanda the proudest dad ever. Maafkan abahanda dan mami andai ada sebarang kekurangan sepanjang menjagamu.

Tenang dan bergembiralah Mussa di sana, di negeri yang tiada lagi sakit mahupun sengsara. Sampai masanya nanti, abahanda dan mami akan datang bertemu, dan kita akan bersama buat selamanya. Walau kehadiranmu cuma seketika, kenangan bersamamu tetap melekat selamanya di jiwa.

Coretan Hati Seorang Abahanda

Sudah lama blog ini tidak dikemas kini, terutamanya selepas melangkah ke alam rumah tangga. Sedang aku cuba menyesuaikan diri dengan fasa baru ini, hidup berubah sepenuhnya - aku bergelar seorang ayah or as I called myself Abahanda.

Waktu aku dan mami Mussa banyak tertumpu sepenuhnya kepada permata hati kami ini. Mussa Adni dilahirkan dengan keadaan yang sangat rare, iaitu Edward Syndrome. Sejak Mussa masih dalam kandungan lagi, doktor dah inform awal-awal yang baby dengan kondisi ini biasanya tidak mempunyai usia yang panjang.

Disebabkan itu, kami bertekad untuk memberikan setiap detik yang kami ada untuk bersamanya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana urusan kerjaku dipermudahkan; aku dibenarkan bekerja dari rumah hampir setiap hari. Jadi, aku tidak terlepas peluang untuk tolong wife yang tengah pantang and jaga keperluan khas Mussa.

Meskipun ini kali pertama aku menjadi ayah, aku akui dugaan ini terasa sangat berat. Susah untuk mengimbangi antara keperluan keluarga dan tuntutan kerja dalam keadaan emosi yang mencabar. Namun, aku yakin aku dan isteri telah memberikan yang terbaik. Semoga Allah melihat segala usaha dan asbab penjagaan kami buat Mussa.



Alhamdulillah, Allah pinjamkan Mussa kepada kami untuk tepat 100 hari. Aku sangat bersyukur dapat menatap wajahnya, membelai, dan menyusukan anak sulungku sendiri. Walaupun tidak lama, sumpah, aku sangat merinduinya. Rindu pada tangisan halusnya yang sering kedengaran di telinga.

Semoga kita dipertemukan semula di syurga nanti.


Tenanglah cinta hati Abahanda dan Mami; Mussa Adni.

Al-Fatihah. Mussa Adni Bin Mohammad Rafiq 25 Oktober 2022 - 3 Februari 2023

No comments: