biarkan blog berbicara

" When in a relationship, it’s not about the labels or becoming official. It’s about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. It’s about being understanding and forgiving when situations are at their worst. It’s about loving someone, not for what they have to offer but who they are. It’s never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it’s about how hard they try to keep you around. "

16 July 2013

Gempar UIA !

Gombak, 16 Jun - Seorang pelajar jurusan teknologi maklumat kampus informasi dan teknologi komunikasi ditemui terdampar diatas katil di kolej kediaman pelajar bersama timbunan buku dan nota-nota ringkas. Mangsa yang dikenali sebagai Rafiq Zain, 22 tahun disyaki mengalami tekanan berikutan bakal menghadapi ujian pertengahan semester pada hari khamis ini. Mangsa ditemui dalam keadaan luar biasa seperti lebam dikeliling mata, kekejangan di bahagian otot sendi tangan kanan dan kesan calar dibahagian celah jari jemari nya yang halus. Hasil bedah siasat mendapati bahawa kesan lebam di bahagian mata berpunca dari gejala kurang tidur yang mengakibatkan mata kelihatan lebam dan lesu lantas menyebabkan penurunan drastik dari aspek kekacakan luaran. Saksi di tempat kejadian dan juga teman sebilik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Irfan memberitahu pihak akhbar bahawasanya kekejangan otot sendi mangsa dan calar di celah jemari jemari mangsa berpunca dari perilaku menyalin dan menulis nota secara radikal dan berterusan. Berikutan penemuan mangsa, pihak berkuasa cuba menghubungi teman rapat dan kaum kerabat beliau bagi mendapatkan serba sedikit maklumat bagi membantu siasatan. Barangan peribadi mangsa seperti sabun mandi, berus basuh baju, berus gigi, nota dan pemadam dibawa ke ibu pejabat polis wilayah dan diklasifikasi kan dibawah akta barangan merbahaya. Pakaian luar dan dalam mangsa kini dilelong bagi mengumpul dana untuk kegunaan mangsa bagi proses "drop" subjek , sehingga detik ini lelongan masih belum mendapat sebarag sambutan hangat walaupun tawaran diskaun besar besaran sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal menyusul tiba sejurus anak bulan syawal kelihatan.

Okay malam ni dah start merepek, stress bakal exam agak nye. Ohh mameee ! kahkah tak badass la study pun nak stress. Papepun aku tak start study lagi sebab biasa la lelaki, lelaki kan bijak takpayah study awal awal study last minit jee. Pastu repeat paper. Dah bosan sangat ngadap nota, ngadap whatapss, ngadap weChat, ngadap 9gag ngadap semua benda lah. Last last bukak blog dan lantas merepek disini, aku rasa follower blog aku sume menyesal follow aku, sebab blog aku ni jarang ade benda yang berfaedah.

Tapi sempena sambutan Ramadhan ni, aku akan faedahkan jugak lah blog ni. Kat sini nak share gambo dari Muslim Show .
















Nice pulak aku tengok gambo ni, yela sebab mostly aku duk uia ni mende camni banyak sangat aku nampak. Not to be judgemental, tapi bila aku tengok golongan alim alim kucing uia ni haishh takde teknik tarbiyyah yang betul. Niat nak nasihat orang lain tu dah bagus dah, tapi teknik tu. Kena la halus, takmau kasar kasar. Kalau kasar takde orang nak dengar, elok elok orang tu nak berubah sekali dia tengok pak alim alim punya tegur kasar je, kang tertutup niat diorang pulak. Lagi lagi kalau jenis badass macam aku ni, mana boleh kasar kasar tegur. Kenalah dengan cara nya, secara lembut dan berkesan. InshaAllah berjaya :D Nanti cek balik diri kita yang mana ye, yang banyak good deeds ke yang banyak bad deeds.

Salam Ramadhan

2 comments:

TRAVELOG ATEH said...

nice jalan cerita.hehe...
bro...jngn stress2 nak exam. kiter pun ader exam 3 ppr this weeks. kan gempar plak 1 uia sorang pmpuan xsahur sbb stress exam. apa pun salam ramadhan kareem.....

Rafiq Zain said...

haha, tu la pasal org lain exam lagi byk. ni baru satu paper dah nak terdampar dah. salam ramadhan :D