Selamat Hari Raya Aidilfitri |
Hamboih awal bebenor encik rafiq zain nak sambut raya :) Haha, takde la ! puasa pon tak abes lagi cuma esok da nak balik kampung di bachok, kelate nun. so sebab tu update awal2 sebab nanti raya da tak online daa. Hooo, sebab nak fokus dengan aktiviti main mercun pastu men meriam pastu mengumpul duit raya pastu mengacau gadis2 desa.. Huuuu ;'( rindu zaman kanak2 huuu. Skang sume tuh da takleh wat, yela takkan la da tua bangka cam neh nak pi beratur sekali tunggu duit raya. tah tah daku yang kena pau dengan budak2 kecik kat sanee. okay ! kena nyorokkan diri neh ! hindari diri dari dikesan.
Oh, cakap pasal raya nehh diriku agak kesal dengan sikap posmen2 sekarang ! ade ke da pakai pos laju pon still tak sampai lagi!. Alkisah nye begini, encik anonymoist menghantar sesuatu yang daku sendiri pon tak tahu mende ape lagi sebab still encik posmen tak antar ke rumah aku menggunakan pos laju. okay aku highlight sekali lagi ! postlaju! yang menggunakan cogan kata dijamin sampai esok. haha, tapi sampai ke saat ketika daku menulis update terkini kini nih maseh lagi kelibat abang berkerjaya posto tidak kelihatan di permukaan felda ku ini.tapi takpa la maybe abang2 posto kat sini mintak cuti raya awal kot. ;) InsyaAllah nanti ade la tuh sampai.
Sempena Hari Raya Aidilfitri neh, hari bagi menyambut kemenangan muslim dan muslimah ketika di bulan ramadhan dalam menahan hawa dan nafsu aku nak memohon maaf kepada sapa2 je yang aku ada wat salah ke ade tersilap kata ke ade terkasar bahasa ke. Semoga persahabatan kita semua maseh diteruskan, aku tanak la ade pape salah paham ke, tak puas hati ke. takut nanti jadi penghalang untuk kita semua capai kejayaan. InsyaAllah.
Terima Kaseh kat kawan2 aku dan yang paling spesel sekali Cik Anonymoist <--buah hati pengarang jantung takleh tinggal !, sebab sentiasa ade untuk dengar masaalah aku dan sentiasa ready untuk bersama aku ketika susah dan senang. Korang memang the best !
And tak lupa jugak kepada follower2 aku yang setia membaca even kadang2 post aku cam hape je ! setakat dua potong ayat je. tapi korang tetap memfollow, tahniah! tanpa korang takde nye erti rafiqzain.blogspot neh wujud.
Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)
No comments:
Post a Comment